Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia punya cerdik tak padan dengan umur. Terngiang-ngiang suara Wara sebut setahun tu.. ” – Netizen

Video Anak MUA Bellaz, Aisywara Naelofa Menjawab Soalan Berapa Umurnya Buat Ramai Geram. Alahai Wara, Comelnya Sebut Setahun 6 Buyan Tu. Buyan Pun Boleh Lah Wara, Hehe !!

Aisywara Naelofa nama diberi oleh MUA Bellaz untuk anak keempatnya dan si kecil ini sejak dari lahir lagi menjadi perhatian ramai. Berkulit putih gebu, Wara memiliki wajah comel yang membuatkan sesiapa sahaja melihatnya geram dan jatuh sayang.

Seorang anak yang ceria dan aktif, Wara seringkali membuat photoshoot dengan MUA Bellaz. Telatah Wara bergambar dengan itik sebelum ini juga mencuit hati warganet. Belum lagi Wara bergaya dan jalan terkedek-kedek dengan mini handbagnya. Lagi bertambah geram warganet menonton gelagat Wara.

Klik gambar untuk info..

Meninjau akaun Instagram Muabellaz_kids, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Wara menjawab persoalan ramai warganet mengenai usianya. Walaupun masih pelat, Wara memang suka bercakap dan memberitahu umurnya setahun 6 bulan.

Bagus Wara belum berusia 2 tahun sudah boleh bercakap. Lain orang lain perkembangannya, Wara ini antara yang cepat boleh bercakap. Seronok warganet melihat gaya Wara bercakap sambil muka tersengih-sengih. Alahai Wara, sikit lagi mulut mesti macam bertih jagung macam Mama ni.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Wehh pndainyaaa setahun 6 bulan pndai ikut ckp daa.. ank aku dlu 2 tahun baru laa nak ikut2 ckp.. berat mulut. Tp alhamdulillah skrg da byk ckp nyaa. Nak masuk 4 tahun.. ”

” Apa mak-mak online ni umur anak pun taktahu ke haha.. tapi dia punya cerdik tak padan dengan umur kan, geram jee hehe.. ”

” So cute when her said ,wara catu Taun enyam uyan. ASal comel sangat ni Wara.. ala terngiang-ngiang suara wara sebut setahun tu.. ”

” Olololo bijaknya wara aunty sayang wara.. pandai sungguh la.. alaaa.. Buyan tu lembut jaaa.. omey laaa angat niii.. ”

” Haishh gegham sangat aihhh… setahun 6 bulan tapi mulut tu macam dah besar sangat tau. dengan muka comel tu.. ”

” Aeeehhhh aehhhh nak kena gegettt ke mekwaraaa oiii haha.. hujung-hujung aje sebut.. geghammmm laaahhh.. ”

” Geram lah budak ni, pandai sangat mulut tu. hehe 1taun 6 buyann.. yang last tu lembutnya, geram dengar.. banyak akal betul wara ni.. ”

Klik gambar untuk info..

Alahai Wara, mulut macam budak umur 6 tahun. Mesti mengikut Mama, banyak cakap dan cantik orangnya. Apa-apa pun, semoga Aisywara Naelofa membesar dengan sihat selalu dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat apabila besar nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Muabellaz_kids

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT