Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia pulak tazkirahkan ustaz. Ayat tu terbahak aku dibuatnya, haha.. ” – Netizen

Imam Muda Asyraf Kongsi Video Perbualannya Bersama Bell Ngasri Buat Ramai Terhibur. Imam Pun Dah Terjebak Sama Undi Bell Tahun Ini. Part Imam Kena ‘Basuh’ Dengan Bell Tu Lawak. Selamba Je Bell Cakap Imam Macam Tu, Haha !!

Tahun ini tahun yang cukup bermakna untuk pelakon Bell Ngasri. Selama berpuluh tahun Bell menghiburkan semua dengan lakonannya, hanya tahun ini namanya naik dan tersenarai dalam calon artis komedi terbaik untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH35 ).

Ramai peminat dan rakan artis yang memberikan sokongan kepada Bell dan salah seorangnya adalah Imam Muda Asyraf. Meninjau akaun Instagram Imam Muda Asyraf, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara Iman Muda dan Bell di sebuah kedai makan.

Bell memberitahu tidak pernah dia tersenarai apatah lagi berada lagi top 5 selama ini. Imam Muda Asyraf turut menyunting video ini dengan memaparkan video sebelum ini bersama Bell. Bersoal jawab tentang hukum agama, bukan Imam Muda Asyraf yang memberi tazkirah tetapi Bell yang tazkirahkan Imam, terbalik pula.

Ayat Bell memang tak pernah tak kelakar. Asal buka mulut sahaja, ada sahaja ayat spontan Bell yang menggeletek hati. Yang kena tazkirah pun tadah telinga sahaja mendengar ayat Bell, hehe. Imam Muda Asyraf turut menyeru untuk peminat yang lain untuk mengundi Bell.

Jom tonton video di bawah :

Sejak posting ini dikongsikan, ianya telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Tak boleh blah ayat ‘ Hidup mewah macam sc4mmer ‘ haha.. Dia pulak tazkirahkan ustaz. Lawak kau ni Bell.. ”

” Betul punya pancing undi kau Bell, terbaik heheh. Hidup macam sc4mmer dia kata, terbahak aku dibuatnya.. spontan betul lawak Bell ni.. ”

” Dari kecik tak pernah mengecewakan bila dia berlakon ustaz.. Mmg kuo perut mak dia dah lawak kot ehhh.. Tak tahan nya buat lawak tp muka selamba derk jer.. ini kali kita undi.. ”

” Dah ustaz pulak kena tazkirah haha.. hidup mewah macam sc4mmer tu tak menahannya.. Sy pun terjeb4k 1st time undi ABPBH.. Done vote untuk Bell.. ”

” Haha kena dakwah balik, punahhh hahha.. Bell punya penangan.. Dan lagi buat lawak tu.. Bell memang kelakar.. ”

” Hahahhha ustaz dia ceramah balik.. abang bell penghibur terbaik dari zaman budak sampai la sekarang.. moga abang bell menang kali ni.. ”

” Haha kelakar la, hidup macam sc4mmer.. Ustaz chill je haha.. Mmg Bell layak menang pelakon komedi popular. Tak pernah tak lawak bell ni. semoga anugerah ini milik awak bell.. ”

Bell memang kelakar semulajadi, ayat Bell begitu spontan dan bersahaja. Ramai yang menyokong Bell dan memberikan undi untuk Bell. Yang tak pernah mengundi pun bersungguh mengundi kali ini. Semoga kejayaan berpihak kepada Bell, sama-sama kita terus mengundi Bell. Hidup Bell, yak yak yea.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Asyraf Ridzuan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT