Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia buat lawak, dia sendiri gelak. Lucu Fatima ni haha.. ” – Netizen

Video Nur Fatima Aisya Membuat Bunyi Suara Yang Melucukan Raih Perhatian Peminat. Ee Bud4k Comel Ni, Pandai Melawak Sekarang. Sampai Fazura Pun Ketawa Mendengarnya !!

Sebut sahaja nama Nur Fatima Aisya, tentu peminat membayangkan wajah si comel kesayangan Fazura dan Fattah Amin ini. Setiap kali gambar dan video Fatima dikongsikan, pastinya peminat memuji wajahnya yang dikatakan seiras dengan Fattah.

Di usia Fatima yang sudahpun 9 bulan, Fatima menjadi antara salah seorang bayi popular dan sebutan ramai. Baru-baru ini, Fazura ada berkongsikan video Fatima yang aktif dan ligat merangk4k di rumah.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Fattzurarangers ( kelab peminat Fattah Amin dan Fazura ) , telah dimuat naik satu video pendek Fatima yang sedang makan di mana video ini diambil dari Instastory milik Fazura sendiri.

Dalam video ini, Fatima membuat bunyi suara yang mencuit hati Fazura. Tidak hanya Fazura yang ketawa, Fatima turut kelihatan ketawa selepas membuat bunyi itu. Memetik kata Fazura dalam video ini, ‘ Fatima membuat kelakar ‘.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Fatima ini telah mendapat perhatian daripada peminat. Ramai yang terhibur dengan suara lucu Fatima dan antara komen-komen mereka :

” SubhanAllah clever lah princess Fatima ni. Buat mami gelak dengar bunyi tu. Kelakar sangat bunyi tu Fatima haha, cheeky dia.. “

” Tengok banyak kali, gigi tu comel betul. Pandai dia nak bagi mommy gelak, macam-macam bunyi la pulak keluar haha.. “

” Comelnya Fatima dah nampak gigi dia. Pandai pulak Fatima buat bunyi macam tu, kelakar lah Fatima ni. Ikut ajaran daddylah ni kan haha. Fatima ikut teknik vokal daddy dia tu.. “

” Ger4mlah bud4k kecik ni. Macam-macam dah kepandaian, Fatima dah besar lah. Fatima show kat mommy yang dia dah pandai belajar vokal tu hehe.. “

” Haha ad0hai Fatima nan ayu, suaramu merdu haa gitu. Pandai melawak ek sekarang Fatima, bunyi tu lucu betul dengar. Makin ger4m tengok telatah Fatima sekarang.. “

” Dia dah pandai buat bunyi-bunyi comel lah. Pandai bergurau dengan mommy lah sekarang Fatima ni. Dengan kita ikut tergelak dengar haha.. “

” Dia buat lawak, dia sendiri gelak haha lucu Fatima ni. Pandai buat funny sound princess ni. Dah tergelak mommy tengok muka Fatima dengan bunyi kelakar tu.. “

Semakin hari semakin banyak gelagat lucu Fatima ini. Tempoh hari, muka lucu kali ini suara pula yang jadi bahan gurauannya bersama mommy. Memang penghibur hati mommy lah Fatima ini. Apa pun, semoga Fatima membesar dengan gembira dan jadi anak yang solehah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattzurarangers

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT