Artis / Selebriti
” Depan-depan tanya tak nak ngaku, tapi senyap-senyap lukis kat sekolah.. ” – Achey
Video anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah menunjukkan lukisan gamar keluarga kepada ayah dan mamanya buat ramai tersentuh. Sebaknya bila tengok Tiara lukis gambar ‘adik baby’ sekali. Sedih Anne dibuatnya..
Perkongsian terbaru daripada Achey Bpcey di akaun Instagram miliknya sekali lagi menyentuh hati ramai apabila Achey mendedahkan keinginan anak tunggalnya, Tiara Zinnirah yang sudah lama mengimpikan kehadiran seorang adik dalam keluarga mereka.
Jika sebelum ini tular video Tiara secara spontan meminta adik sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen, kali ini satu lagi perkara yang lebih menyentuh hati terbongkar. Pada lukisan berkenaan, Tiara melukis gambar keluarganya lengkap dengan seorang bayi kecil, seolah-olah menggambarkan impian yang tersimpan jauh di sudut hatinya.
Menurut Achey, walaupun Tiara kadang-kadang malu atau tidak mahu mengaku apabila ditanya tentang keinginannya untuk mempunyai adik, rupanya Tiara diam-diam meluahkan hasrat tersebut melalui lukisan yang dihasilkan di sekolah.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai netizen berasa sebak kerana memahami perasaan Tiara yang begitu mengharapkan kehadiran seorang adik untuk berkongsi kasih sayang dan membesar bersama. Pasti meriah rumah tangga Achey jika ada kehadiran bayi kecil.
Jom tonton video di bawah :
Ramai turut menitipkan doa agar segala urusan Achey dan Anne dipermudahkan serta dikurniakan rezeki zuriat yang dinanti-nantikan selama ini. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Semoga dipermudahkan segala urusan abg Achey dgn Akak Anne . Semoga ada rezeki menanti . Tiara dah ada chey dia dah lengkapkan kehidupan korang . insyallah pasti akan ada rezeki.. “
” Semoga semua nya dipermudah dimurahkan rezeki. In syaa Allah Aamiin Aamiin semoga dikurniakan rezeki anak .. Pasti semua akan rasa anak sendiri pasti insyallah.. “
” Semoga Allah makbulkn doa2 korg.. Semoga abang dan isteri dikurniakan baby, Tiara!!! -acik tgh selesema ni..kenapa tiara tambah lagi hingus acik yg dh cukup bnyk ni..smpi blocking tau hingus acik.. “
” Betul tu kalau ada bersebab, kalau takde pun bersebab semua kerana Allah. Semoga Allah bagi yg terbaik utk korg sekeluarga.. “
” Insyaallah. Doa budak2 mudah termakbul. Semoga diberikan rezeki baby tuk achey dan anne .. Inshallah slalu berdoa tok mu dik,,de rezki menanti.. “
” Smga Allah makbulkan kata2 doa tiara… Smga Allah dipermudahkn urusan.. Amin Amin Amin Moge dimudahkn untuk tiara ade adik baby nanti.. “
” Semoga ALLAH SWT permudahkan segalanya buat Achey sekeluarga. Tiara buat aunty cry laa..semoga dipermudahkann semua urusan..& dikurnikan baby… “
Sama-sama kita mendoakan agar rawatan IVF yang sedang dijalani kali ini membuahkan hasil yang baik dan menjadi jawapan kepada penantian panjang mereka sekeluarga. Mudah-mudahan Tiara akhirnya dapat merasai kebahagiaan memiliki seorang adik seperti yang diimpikannya selama ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cenggitu je you ‘heyhhh’ kan MIL you Trice. Kelakar betul ini mertua and menantu.. ” – Komen Netizen

