Artis / Selebriti
” Dengan tone kak Aishah terus jadi vibe lagi evergreen, padu.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aishah menyanyikan lagu Nadeera Zaini berjudul Bukan Lagi Kita buat ramai terpukau. Wah, memang power suara Aishah, masih berbisa walaupun sudah berusia 60 tahun..
Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Aishah, perkongsian sebuah video yang memaparkan Dato’ Aishah menyanyikan lagu Nadeera Zaini yang berjudul Bukan Lagi Kita telah meraih perhatian ramai. Aishah membawakan lagu ini dengan caranya yang tersendiri.
Aishah mencabar dirinya untuk membawakan lagu generasi baru dan terbukti Aishah seorang penyanyi yang hebat kerana boleh membawakan lagu ini dengan baik. Bukan mudah untuk seseorang yang sudah berusia 60 tahun untuk membawakan lagu ini.
Ini kerana lagu ini banyak menggunakan tone suara yang tinggi. Tetapi tidak menjadi masalah buat Aishah, mungkin lagu ini kena dengan jiwa balada Aishah. Suara Aishah tetap maintain seperti zaman mudanya dulu dan ini membuatkan ramai peminat terpukau.

Perkongsian video ini telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai peminat mula meminta Aishah menyanyikan lagu-lagu lain terutamanya lagu generasi kini kerana kagum dengan vokal Aishah.
Jom tonton video di bawah :
Ramai peminat memuji kemerduan suara Dato’ Aishah menyanyikan lagu ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Makananmu… srikanda balada.. Tergamaknya kau nanyi tinggi2 macam tu… kita yang macam nak putus urat.. Versi Balada mendayu lemak kasturi.. “
” Wow.. next Kak Chah “menjaga jodoh org lain” Ara Johari .. Baju tu, aishah kait sendiri ke, cantik.. Nadeera dan kak aishah should have a duet.. “
” Cover lagu Marsha Milan Hening rindu please Kak? Part “rindu” tu sedapnya. Gemersik trademark suara kak aisyah.. “
” Lepasni kita nak dengar official_nadeera cover lagu Dato’ Aishah. Please.. Lawa akk nmpk muda gitu.. Gilak laa part ..kemanakah ‘kita’.. tuu .. “
” Dato aishahjmm dah mengaishah kan lagu ni.. Part hanya kau dan kau di tekan kn emosi amarah tu memang power.. Roh dlm lagu.. “
” Kak ecah mmng padu suara and melodi..masih xlari dari dulu lagi..mantap waghih..legend nyanyi lagu bakat baru. awass.. “
” Masih berbisa dah hebat the and only kak aishah. Dengan tone kak Aishah terus jadi vide lagi evergreen.. paduu.. more cover songs kak, I love… “
Inilah yang dikatakan penyanyi legend kerana tetap padu dan mantap vokalnya walaupun usia semakin meningkat. Aishah banyak menyanyikan cover lagu dan dikongsikan di media sosial. Semoga Dato’ Aishah tidak jemu menghiburkan para peminatnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aishah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah baiknya, adorable Anggrek buat surprise hari jadi Aisha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu

