Artis / Selebriti
” Dari kecil dah cantik, part mulut tu memang comel.. ” – Netizen
Gambar Hannah Delisha Ketika Kecil Raih Pujian Peminat. Alahai Memang Comel Sejak Kecil. Gaya Posing Pun Bukan Main Lagi, Cute Sangat !!
Umum mengetahui bahawa pada awal bulab September tahun lalu, pelakon Hannah Delisha telah membuat keputusan untuk berhijab. Justeru itu, ramai yang memuji penampilan barunya itu. Ada sahaja perkongsian foto-foto terbaru Hannah Delisha di akaun Instagram sering mendapat perhatian.
Malah, sejak Hannah bergelar isteri kepada seorang jejaka kelahiran Kota Singapura, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, Hannah kelihatan tampil semakin cantik dengan memakai pakaian yang longgar dan sopan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik fans Hannah, telah berkongsi gambar Hannah ketika kecil. Perkongsian gambar itu memaparkan Hannah yang berambut panjang memakai baju kembang berwarna pink dan putih.

Sehingga kini, perkongsian gambar Hannah tersebut telah mendapat lebih 800 tanda suka dan puluhan komen daripada peminat-peminatnya sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Alahai comel betul Hannah ketika kecil dahulu.
Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :
https://www.instagram.com/p/CPvVyCzMgmU/
Di ruangan komen, ramai memuji kecomelan Hannah ketika kecil. Antara komen-komen netizen adalah :
” Dari kecil dah cantik, part mulut tu memang comel betul Hannah. Suka tengok Hannah senyum, manis sungguh.. “
” Muka memang tak berubah lah, comel gambar ni. Nanti bila Hannah ada anak perempuan, mesti muka macam dalam gambar ni.. “
” Cute lah, ger4mnya tengok. Hannah masa kecil memang comel, dah besar cantik sangat lagi2 dah bertudung, bertambah cantik.. “
” Rambut panjang Hannah kecil-kecil dulu, segak betul. Gaya bergambar pun dah macam model. Mesti tak sangka besar jadi pelakon popular.. “
” Amboi mulut tu comel ha, nk senyum tapi tak senyum, hahaha. Manis betul tuan badan nama Hannah Delisha ni.. “
” So beautiful Hannah. Gambar pelakon ketika kecil paling comel abad ini. Putih melepak Hannah ye, anak mat saleh betul.. “
” Comelnyaa kak Hannah, alahai suka lah dengan gambar ni. Semoga nanti kak Hannah akan dapat baby comel mcm kak Hannah, amin.

Comelnya Hannah ketika kecil, manis betul gaya senyuman Hannah dalam gambar tersebut. Apa-apa pun, gambar tersebut hanya sekadar perkongsian peminat Hannah buat tontonan ramai. Kami dari Berita Kopak berharap semoga Hannah akan terus berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Princess Hannahdelisha, Hannah Delisha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti10 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

