Artis / Selebriti
” Dah macam suara arwah, meremang bulu roma dengar suara talita. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen
Video Thalita dan Shuib Sepahtu berduet menyanyikan lagu Ara Johari, Menjaga Jodoh Orang Lain raih pujian warganet. Semakin padu teknik nyanyin Thalita sekarang. Meremang dengar suara Thalita menyanyi ni, menusuk ke hati..
Populariti anak Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah semakin melonjak, apatah lagi Thalita turut mendapat perhatian komposer terkenal, Ajai untuk menjayakan konsert by Ajai & Mega Friends di Singapura nanti. Bagai pucuk ulam mendatang, ianya disambut dengan penuh teruja oleh anak dara Shuib ini.
Saban hari, Shuib membantu Thalita berlatih menyanyi untuk memantapkan lagi vokal Thalita. Video mereka berdua boleh ditonton ketika sesi live Shuib berlangsung. Banyak lagu yang mereka berdua nyanyikan dan salah satunya adalah lagu dendangan asal Ara Johari berjodol Menjaga Jodoh Orang Lain.
Meninjau entry di akaun Tiktok Fansthalita15, telah dikongsikan satu video yang memaparkan paduan suara Shuib dan Thalita. Semakin merdu dan padu vokalnya, itu yang dapat diperkatakan mengenai Thalita. Banyak ilmu yang Thalita pelajari dipraktikkan dalam latihannya itu.

Mendengar akan suara Thalita menyanyi lagu ini, ramai yang memuji Thalita. Kemerduannya saling tak tumpah seperti suara Siti Sarah sehinggakan warganet merasakan seperti mendengar Siti Sarah yang menyanyi bersama Shuib. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@fansthalita15 sedap nya thalita nyanyi🥹❤️.. @Thalita_Shuib tajuk:menjaga jodoh orang lain #fansthalita #xybca #allaboutthalita #thalita #fypシ
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Makin best suaranya.. Seakan dengar suara arwah ibunya yang menyanyi.. Meremang bulu roma.. teruskan usaha Thalita untuk jadi sehebat ibu ye.. “
” Apa ni makin lama makin sedap suara dia. semoga onedayyy nanti boleh jadi penyanyi hebat macam ibu.. “
” Dah macam suara arwah.. meremang bulu roma dengar suara talita… sedap sangat.. jatuh hati berkali-kali dengar suara Thalita ni.. “
” Sedap gila suara Thalita ni, memang love lah.. Mantap di mana tumpahnya kuah memang lah ke nasi. waris ikut ayah dan ibu jdi artis. si ayah tak rasa lelah ajar tuk anaknya berjaya. good lucky. Aamiin.. “
” Macam suara ibu dia, arwah siti sarah.. emm sedihnya.. Mewarisi bakat daddy dan ibu adalah anugerah yang teristimewa dari-Nya.. “
” Pure dan clear suara Thalita.. makin hari mkin sedap suara talita..masuk kelas vocal plus atuk dia train.. “
” Seiras betul dengan arwah ibu kamu sayang.. insyAllah 10 tahun lagi saling tak tumpah.. mesti arwah ibu dia bgga tgok thalita.. “
Thalita menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan. Segala-gala kelemahan Thalita cuba perbaiki dan hasilnya tidak mengecewakan. Tidak mustahil Thalita akan menjadi penyanyi hebat segah nama Siti Sarah suatu hari nanti. Terbaik Thalita.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fansthalita15
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen

