Artis / Selebriti
” Dah agak dah itu puncanya, belum rezeki Ernie.. ” – Netizen
Video Ketua Juri AJL38, Datuk Mokhzani Menjawab Soalan Mengenai Top 5 Dan Markah Yang Mengejutkan. Fuh Sikit Sangat Beza Markahnya. Datuk Mokhzani Turut Jawab Sebab Ernie Zakri Tak Menang Vokal Terbaik !!
Telah berlabuhnya tirai anugerah berprestij negara, Anugerah Juara Lagu 38 semalam. Ke semua finalis memberikan persembahan yang paling terbaik dan rata-ratanya mengagumkan semua penonton di rumah dan juga Axiata Arena serta juri.
Meninjau akaun Tiktok f8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara pihak wartawan dengan ketua juri AJL38, Datuk Mokhzani. Persoalan pertama yang berkisar mengenai 5 lagu teratas dan jawapannya adalah Hasrat, Sutera, Jangan Mat1 Rasa Itu, Astana dan Inilah Jalannya.
Menyentuh tentang pemarkahan, beza antara juara dan naib juara hanya 2.5 markah sahaja. Memang persaingan yang sengit. Datuk Mokhzani juga menjawab mengenai isu vokal terbaik dan 3 yang tersenarai adalah Aina, Ernie dan Marsha Milan.

Ramai yang mempersoalkan mengapa tidak Ernie yang memenangi anugerah itu dan jawapan Datuk Mohkzani ianya adalah kerana susunan lagu dan perubahan yang kedengaran berbeza dengan lagu asli Astana. Itulah yang membezakan Ernie dan pemenangnya, Aina Abdul.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@f8buzz Beza hanya 2.5 markah?! Datuk Mokhzani, ketua juri Anugerah Juara Lagu 38 berikan lagu lima teratas dan 3 teratas untuk vokal terbaik. Turut dijelaskan, mengapa Aina menang lagi bahi kategori vokal terbaik. #f8buzzhiburan #sembangentertainment #anugerahjuaralagu #ajl38 #datukmokhzani #top5 #vokalterbaik
@xtra_my Ulaşan ketua juri Datuk Mokhzani Ismail berkenaan pemilihan Aina Abdul Sebagai pemenang vokal terbaik. #fyp #xtramy #ajl38 #ajl38xxtra #axiata arena #beritaditiktok #sembangentertaiment
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 800 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Dgr pakai earfon lagi jelas betapa bersih suara aina dlm nada tinggi dan rendah. mmg layak vokal trbaik.. ”
” Nohh kalau ernie kekal arrangement sama waktu semifinal mesti boleh bawak trofi malam tadii.. ”
” Sayang semalam ernie overdo.. terkejut tengok semalam persembahan ernie.. Part last ti bagus cuma overdo saje.. ”
” Stuju ngn Dato’ Mokhzani, lagu Aina menonjol compared to Astana, jdi Aina bleh show off vocal dia a bit extra compared to Ernie sbb kprluan lagu. tapi dua-dua sedap sebenarnya.. ”
” Dah agak itu puncanya, banyak gubahan lagu berbanding lagu asal. im ernienators and i accept. banyak terpeleot tapi arrangement dia dah cukup strong untuk dapat top 3.. belum rezeki Ernie.. ”
” Aina punya rezeki menang best vocal semalam. Memang saingan sengit untuk vokal terbaik. Macam Ernie dan Marsha memang daboom juga semalama but Ainan ni genius dan konsep dia different from other.. ”
” Sengit sangat finalis tahun ni, beza markah pun sangat sangat sikit. yang menang tahniah, yang tak menang cuba lagi tahun depan ye.. ”

Persoalan yang bermain di minda warganet telah pun terjawab dan semoga semua berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Datuk Mokhzani itu. Untuk semua yang menang, tahniah diucapkan. Yang tidak berjaya, jangan putus asa dan cuba lagi untuk AJL akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok f8buzz, Tiktok Xtra, IG Tv3 Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen



