Artis / Selebriti
” Comelnya Tun Alayna pakai costume mermaid.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Cucu Datuk Ziela Jalil, Tun Alayna Zeeya Bergaya Memakai Costume Mermaid Pada Majlis Hari Lahirnya. Alahai, Comel Sungguh Alayna !!
Semalam merupakan tarikh yang bermakna buat Dr Puteri Julia Nabila kerana ia merupakan ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Tun Alayna Zeeya yang pertama. Alayna dilahirkan pada 14 Jun yang lalu dan dia merupakan cucu pertama kepada Datuk Ziela Jalil.
Kehadiran Alayna dalam hidup Julia dan suami merupakan anugerah indah buat mereka. Alayna memberikan kegembiraan dalam kehidupan mereka dan memberi erti kasih sayang yang begitu bermakna. Semalam Julia telah berkongsi ucapan hari lahir buat anaknya di laman Instagram dan menyatakan beliau dan suami amat menyayangi Alayna.
Julia turut berdoa semoga Alayna sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan sentiasa dipelihara kehormatannya serta memperoleh kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Kehadiran Alayna turut menceriakan kehidupan Datuk Ziela Jalil sebagai seorang nenek.

Menerusi akaun Instagram Julia, beberapa gambar sekitar sambutan hari lahir Alayna telah dikongsikan. Bertemakan ikan duyung, Alayna begitu comel sekali dengan kostum ikan duyungnya itu. Alahai, cantiknya kostum Alayna dengan reben ekor duyung !!
Jom lihat perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen memuji kecomelan Alayna dan mengucapkan selamat hari lahir. Antara komen-komen mereka :
” Cutest princess mermaid i’ve ever seen. Happy birthday to you ! “
” Happy birthday Alayna sayang. Sorry unty & uncle tak dapat datang. Semoga jadi anak yg baik & solehah, InsyaAllah.. “
” Comelnyer Tun Alayna pakai costume mermaid.. “
” So cute lahh alaynaaa. Semoga menjadi anak yg solehah dan disenangi orang.. “
” Happy Birthday Alayna. you’re one of the cutest baby on IG hehe.. “
” Happy bday semoga mjadi anak soleha. Comeynya mermaid princess.. “
” Happy birthday lil mermaid alayna sayang, comelnye dia.. “
Lagi gambar sekitar sambutan hari lahir Alayna :




Wah, nampak meriah sungguh sambutan hari lahir Alayna. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Tun Alayna. Semoga membesar menjadi anak yang solehah, mendengar kata ibu bapa serta berjaya di dunia dan di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Julia Junid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti1 day ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti3 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya dah fikir, Ya Allah kalau benar anak aku sakit macam ni, aku sanggup nak derma.. ” – Datin Shahida

