Artis / Selebriti
” Comel Rina tunggu sambil telan air liur terliur nak makan. Sabar betul Rina.. ” – Komen Netizen
Video Maryam You Narae menguji kesabaran anaknya, Nik You Rina buat ramai kagum. Wah bagusnya Rina, langsung tak usik biskut tu. Setia Rina tunggu sampai mommy datang dan suruh makan. Terbaik lah Rina..
Keluarga kecil pempengaruh media sosial dan Youtuber, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae seringkali mencuri perhatian warganet. Anak mereka, Nik You Rina juga selalu mencuri perhatian ramai kerana telatahnya yang comel dan kepetahannya bercakap dalam bahasa Korea, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Meninjau akaun Instagram Maryam You Narae, telah dikongsikan satu video terbaru Rina yang memaparkan Maryam cuba menguji tahap kesabaran Rina. Ramai yang pernah membuat ujian ini kepada anak mereka dan tidak semua yang dapat lulus dalam ujian ini.
Menerusi video ini, Maryam meletakkan sekeping biskut di dalam pinggan dan menyuruh Rina menunggunya dan mereka akan makan bersama-sama. Maryam mengatakan dia akan ke tandas sebentar. Rina mengangguk kepala tanda faham dan duduk diam di atas kerusi.

Tiada langsung cubaan daripada Rina untuk menyentuh biskut tersebut. Anak kecil ini hanya tersenyum-senyum sambil memandang ke arah kamera yang diletakkan di hadapannya. Tinggi betul kesabaran Rina dan Maryam sendiri tidak menyangka Rina akan sabar menunggu.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” I cried watching this. Both parents have instilled great values in Rina. Rina is such an angel and she is super adorable. Semoga Rina membesar, menjadi anak yg baik, bijak, pandai, penenang kepada kedua ibu bapa dan menjadi seorang yg berjaya didunia dan akhirat. Aamiin. InsyaAllah.. “
” Well done Maryam. Good parenting. You’re awesome Rina. dengan kita-kita sekali tunggu Omma datang.. “
” Dia memang tunggu betul.. shes a good girl.. That smile.. when she sees her Omma very happy w her.. MashaAllah.. “
” Acik2 kat sini pun semua sabar jugak tggu rina makan keee tidak.. Comel sangat Rina.. vibes kak long sangat dahni. Mesti sayang sangat kat adik bila keluar nanti ni.. “
” Ish Kalu anak aku ni… mummyyyy mana nya.. lama nyaaaa.. smbil berteriak haha.. Rina anak yg baik, mendengar kata.. semoga cemerlang hidup mu Rina, cemerlang dunia dan akhirat. Amiin.. “
” Sweetnya senyuman Rina. Really a beautiful girl. Sabar je rina.. cute betul la rina ni.. bijak pandai sungguh.. “
” MasyAllah beautiful la dia.. bagus Rina faham dia tetap patuh omma kata tunggu.. comeiiii dia tunggu sampai telan air liuer terliur-liur nak makan.. “
Alhamdulillah hasil didikan dan asuhan Maryam dan Ryzal, Rina ada sikap yang sangat bagus dan layak dipuji. Kesabaran Rina itu memang terbaik. Jarang budak dapat bersabar menunggu seperti ini, apatah lagi jika makanan di depan mata. Semoga Rina terus bersikap sabar seperti ini sampai bila-bila dan sentiasa beradab sopan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryamyunrrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

