Connect with us

Artis / Selebriti

” Comel lah Tomok kecik-kecik, muka Andra sangat.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Semasa Kecil, Ramai Menyatakan Wajah Tomok Sama Seperti Anak Keduanya, Andra. Wahhh.. Memang Seiras Sangat, Sebijik Dibik !!

Tomok atau nama sebenar beliau Shah Indrawan Ismail membina kerjaya sebagai penyanyi pada tahun 1999. Pada ketika itu beliau merupakan vokalis kumpulan New Boyz. Sepanjang bersama New Boyz, Tomok telah melahirkan enam buah album studio.

Pada tahun 2009, Tomok telah menyertai rancangan realiti One In A Milion (OIAM) setelah lama menyepi dalam dunia hiburan. Menjadi bonus kepada Tomok apabila namanya kembali menjadi sebutan selepas menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta.

Pada 1 Julai 2011, Tomok telah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Siti Rahayu binti Abas dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki bernama Arrian Akid dan Andrashah Iman. Ayu kini sedang mengandungkan anak yang ketiga.

Menerusi akaun Instagram, Tomok memuatnaik gambarnya semasa kecil. Nampaknya bakat nyanyian Tomok sememangnya diasah sejak kecil lagi. Patutlah sekarang beliau berjaya membina kerjaya menjadi penyanyi yang begitu popular.

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata netizen menyatakan wajah Tomok semasa kecil sama seperti anak kedua beliau iaitu Andra. Antara komen-komen mereka :

” 1st pic sejibik Andra.. “

” Muka Andra sangat.. “

” Sebiji mcm Andra.. “

” Comel lah tom kecik².. terus maju tom.. sis menyokong sentiasa..  “

” Alhamdulillah,,, selamat bang tomokofficial semoga sukses dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.. “

” Alhamdulillah.. teruskan berkarya Tom.. “

Alahai, comelnya Tomok semasa kecil. Patutlah anak-anak Tomok comel kerana mewarisi kecomelan bapanya semasa kecil. Memang sekali pandang seiras sangat dengan anak kedua Tomok iaitu Andra. Semoga Tomok terus berjaya dalam dunia seni tanah air.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tomok by Berita Kopak 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT