Artis / Selebriti
” Comel jer slang sis Akiko.. ” – Netizen

Video Isteri Ridzokumura, Akiko Cuba Bercakap Bahasa Melayu Raih Perhatian Ramai. Wah, Jarang Sekali Kita Dengar. Comel Jer Bila Akiko Tersalah Sebut !!
Meninjau ke akaun Instagram Ridzokumura, perkongsian sebuah video yang memaparkan isterinya, Akiko cuba bercakap dalam bahasa Melayu telah meraih perhatian ramai. Akiko merupakan seorang wanita yang berbangsa Jepun.
Ridzokumura sememangnya gemar berkongsi rutin harian mereka di media sosial. Kali ini mereka sekeluarga pulang ke kampung di Parit, Perak untuk menyambut hari raya. Ini kerana sejak hari raya pertama mereka sekeluarga beraya di Maldives.
Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan mereka singgah ke sebuah kedai runcit di Parit, Perak. Ridzokumura ingin memperkenalkan nama kampungnya kepada semua dengan meminta Akiko cuba menyebut nama kampung tersebut.
Walaupun agak pelat dan ada tersalah sebut, tetapi ini rasanya kali pertama kita mendengar Akiko cuba bertutur dalam bahasa Melayu. Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Udoh sampa Parit komer ,tojun sunga ler tuu.. Ate mna rhope nye yek keme nk blk blum ckup duit nye.. cantikk akiko ni baik budi bahasa nya .. “
” Paneh bekeyghap kome oii.. lame tak ke paghit.. Betul la Akiko cakap tu .. Parit ni dulu org panggil Paris …. comel je salah sebut.. “
” Ateerrr comey beno bang, lepas ni ckp perak pulak ye 1 ayat je “ater terperongor”.. Raya2 pun bolehhh hari2 raya kan.. “
” Hahahaha comey bebenorr sis Akiko cakap.. tongue twister nama kampung tu.. Mesti hari2 terhibur dengar Akiko cakap .. “
” Dia pun melaaayan je kan ahahahahahhahahahahahahah.. teringin laa nak jumpa wife abangggg.. Comel betul wife abang.. “
” Seronok nya rindu kampung kat kampar.. cantik isteri mike yeop siap pakei bju kurung tu. teman kt tronoh.. Kedai yap lai hong ke tuuu.. “
” Haha laku keras la kedai ni lps abg dtg ni haaaa.. Comel nya laaa fmly ni pun…comel jer slang sis akiko.. Bro pun lawak jg bila bercakap….keme².. “
Manis sungguh Akiko memakai baju kurung dan penampilan Akiko sentiasa sopan. Pastinya ramai peminat ingin mendengar lagi Akiko bercakap dalam bahasa Melayu kan. Semoga keluarga kecil Ridzokumura ini sentiasa bahagia dan dilindungi oleh Allah SWT.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni bukan setakat riak, siap menunjuk, ujub, takbur, riak. Semua ditapaunya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bilal mengaji macam orang dewasa. Sebutannya jelas, siap berlagu lagi. Abbas pun ikut mengaji sama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Fattah tak terkawal malam ni. Dia dah sampai ke bulan, tak sedar tengah live, haha.. ” – Komen Netizen