” Comel, dah nampak gaya macam pemain rugby yer kecik-kecik dulu.. ” – Netizen

Perkongsian Gambar Fahrin Ahmad Semasa Masih Kecil Cur1 Perhatian Ramai Peminat. Wahh Tak Sangka Fahrin Dulu Sem0ntel Tu Yer, Comel !!

Meninjau di akaun Instagram milik aktor terkenal, iaitu Fahrin Ahmad telah berkongsi gambar yang menggamit kenangan iaitu ketika dirinya masih kecil. Kelihatan gambar tersebut dia bersama seorang wanita di sebelahnya di hadapan sebuah rumah.

Malah Fahrin juga turut berkongsi cerita bahawa gambar ini ketika usianya lebih kurang 3 tahun bersama pembantu rumah keluarganya yang dikenali sebagai ‘ Kak Nor’. Perkongsian gambar tersebut pada mulanya dikongsikan oleh saeorang netizen di laman media sosial bahawa kakaknya pernah bekerja di rumah Fahrin.

Sedikit perkongsian oleh Fahrin pada posting yang ditulis panjang lebarnya itu bahawa, sebenarnya dirinya agar kelakar setelah membaca perkongsian tersebut di Facebook dengan penggunaan perkataan ‘orang gaji’ dan disebabkan itu, ramai yang memberikan komen beranggapan keluarga Fahrin orang berada.

Tulis Fahrin lagi, kedua ibu bapanya merupakan pendidik dan memerlukan seorang pembantu yang dapat menguruskan hal anak-anak ketika kedua mereka sibuk bekerja. Fahrin turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengirim gambar tersebut kerana telah berkongsi gambar kenangan itu.

Iktuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

YES!! BUDAK DEBAB ITU DIRIKU.. 🤭🤣 Terima Kasih Puan Norizan atas perkongsian gambar nostalgia Lagenda Budak Tembam.. mengimbau kembali kenangan.. Kalau tak salah umur saya ketika tu 3+ tahun, dan kakak di dalam gambar saya mesra dgn panggilan Kak Nor ( seperti yg diberitahu oleh kakak saya bila tengok gambar ni).. Kelakar juga bila Puan Norizan gunakan istilah 'orang gaji' lantas ramai yg komen di facebook dan beranggapan saya ni anak orang 'Have Have' (berada).. Mari saya kongsi alang2 kita mengimbau kisah.. mak dan ayah selalu ajar kami bukan 'Orang Gaji' tetapi 'PEMBANTU RUMAH' – Ibu memang sangat perlukan pembantu yang membantu ibu dan ayah menguruskan kami (3 beradik setakat waktu gambar tersebut diambil – adik bongsu blm keluor lagi) serta rumah. Ibu dan ayah adalah pendidik , mereka berdua bertugas sebagai guru sekolah dan pernah juga menjadi pensyarah di maktab perguruan di Johor Bahru.. Ibu bersara awal semasa menjadi pensyarah di MPMK dan ayah bersara sewaktu menjadi pengetua. Jadi, rasanya keluarga saya tidaklah 'have have' pun.. tapi lebih kepada serba sederhana, sekadar cukup dan ada kala anak2 tahu ibu ayah berkira-kira dalam mengurus belanja untuk kehidupan dan membesarkan anak-anak.. Alhamdulillah.. semua jadi 'orang'. Rasanya, 'orang gaji' atau bagi kami PEMBANTU RUMAH pada waktu itu, adalah suatu keperluan kerana ibu ayah bekerja dan adik beradik masih kecil.. kos belanja yang harus dikira setiap bulan. Pembantu rumah waktu itu, bayarannya juga tidaklah semahal hari ini, malah kalau nak kata 'have have' sama jelah mcm kita nak kata pasangan bekerja zaman sekarang ni yang hantar anak ke nursery atau day care atau tinggalkan di rumah pengasuh adalah golongan kaya raya 🤭 – ianya adalah berbalik kepada pilihan, keperluan dan cara mengurus belanja.. Untuk Puan Norizan, terima kasih.. sampaikan salam saya pada kakak semoga beliau dalam keadaan sihat, berkat dan rahmat.. Terima kasih jaga saya dan adik beradik serta bantu ibu ayah selama bersama dengan kami sekeluarga. (Sambungan di comment 👇 – 🤣 panjang pulak ceritanya ya kali ni…)

A post shared by Fahrin Ahmad – Official (@fahrinahmad_fa) on

Meninjau di ruangan komen, perkongsian gambar itu turut mendapat perhatian para netizen. Malah ramai yang memuji Fahrin kelihatan begitu comel dengan saiz badan yang m0ntel itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Budak gem0k tu skng dh jd prince charming, pujaan hati ramai, huhuhu tu sebelum kahwin lah, sekarang dah berb1ni dah ada anak, hahahaha.. “

” Ma sha Allah, masih je ade photo2 lame tu ye.. So cute lah Fahrin, mesti kecil-kecil ni makan kuat, tengok badan sudah lah.. “

” Masyallah Abang waktu kecil gem0k ni bang sekarang hensem dan kacak aku suke bang masyallah, Keep it up bro Fahrin Ahmad.. “

 ” Alhamdulillah walaupun semasa kecil dijaga oleh pembantu rumah, tetapi di hari tua ibu , Fahrin seorang anak yg sangat baik menjaga semasa ibu di hospital dan sebagainya.. “

” Wow, memang m0ntel betul Fahrin dulu, nasib sekarang kacak yer, hehehe lengan ruas tebu mintak di g1git tu.. “

” Nostalgiah sungguh rumah tu, saya setiap hari lalu di depan rumah itu..Itulah runah guruku, Cikgu Mohamad Atil dan Cikgu Marbiah Ikhwan, sampaikan salam pada mereka ya Fahrin.. “

” Comel betul Fahrin masa kecik, gaya dalam gambar tu memang nampak dah macam player rugby, hahaha, mant4p bro.. “

Gambar tu memang mengimbau kenangan betul, malah comel Fahrin ketika kecil yer, bertubuh badannya, bila dah dewasa jadi kacak orangnya. Apa-apa pun, perkongsian oleh Fahrin itu memang menarik perhatian ramai peminatnya. Apapun, kami dari Berita Kopak berharap Fahrin sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fahrin Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..