Artis / Selebriti
” Cepatnya Gabriel pandai cakap, ringan mulut ni.. ” – Netizen
Video Anak Emma Maembong, Shariq Arshan Gabriel Mula Berlatih Bercakap Buat Emma Menitis Air Mata. Wah Jelas Bunyi Sebutan Tu, Good Boy Lah Gabriel !!
Diam tak diam, sudah 11 bulan usia anak Emma Maembong, Shariq Arshan Gabriel. Sebagaimana ibunya, Gabriel juga memiliki ramai peminat dan sehingga kini telahpun mencecah angka 202 ribu pengikut di akaun Instagram milik si kecil ini.
Bagi bayi seusia Gabriel, ianya biasa untuk ibu dan bapa mendengar anak menyebut perkataan ‘mamama’ atau ‘papapa’ berulang kali. Dalam fasa untuk belajar menyebut perkataan, detik si kecil mula pandai menyebut perkataan dengan jelas pastinya meruntun jiwa lebih-lebih lagi sang ibu.
Meninjau akaun Instagram Emma Maembong, telah dikongsikan satu video baru Gabriel yang dirakamkan oleh pembantu rumah Emma. Emma yang ketika itu keluar bekerja menerima video ini dan membuatkan dirinya menang1s menontonnya.

Rupanya Gabriel menyebut perkataan mama buat pertama kalinya dengan betul. Kata Emma, hatinya sedikit em0si, maklumlah ini anak pertama. Baru Emma dapat merasai perasaan terujanya apabila anak sudah mula pandai bercakap.
Jom tonton video di bawah :
https://www.instagram.com/p/CU9CDkThQGu/
Video Gabriel ini meraih perhatian peminat dan hampir 50 ribu tanda suka telahpun dicatatkan. Antara komen-komen peminat :
” Alaa comelnya Arshan, alolo cepat Arshan cakap. Dia dah cakap mama lah, clever boy. Next words mak long pulak hehe.. “
” Nasib maid rakam, boleh jugak kami dengar suara Gabriel yang lembut dan manja tu. Bila besar sikit, sebut mama nak adik ok hehe.. “
” My clever Arshan, so comel. Good boy lah dia, dah pandai panggil mama. Pandai pengasuh mengasuh anak Emma.. “
” Wah comelnya, pandainya dia. Ringan mulut Gabriel ni, lepas ni makin rancak lah mulut tu berbunyi. Boleh jadi teman borak mama.. “
” Ad0h dah la hands0me, comel pastu bijak pulak. Grow up, cepat masa berlalu dah boleh ikut orang cakap.. “
” Masya Allah maid pun excited. I pun ulang banyak kali video ni. Excited dan seb4k, enjoy all the moments your precious while he is still small.. “
” Cepat boleh cakaplah Gabriel, Allahu comel je dia sebut ‘mama’ tu. Clever boy ni, i’m cry1ng too. Benda ni lah yang paling tak sabar nak dengar.. “
” Cepatnya Gabriel pandai cakap. Arini dia sebut Mama, kalau dia sebut Emma Maembong lepas ni sure terkej0t g1la. He is so adorable baby.. “

Betul kata Emma, terasa cepat sahaja Gabriel membesar. Tidak hanya Emma, peminat pun turut merasa kegembiraan melihat perkembangan Gabriel. Semoga Gabriel sentiasa dalam lindungan Allah dan jadi penyejuk hati kedua ibu bapa selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Emma Maembong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Macam mana tahan gelak ni oii. Part keluarkan rambut dari mulut tu sumpah kelakar, haha.. ” – Komen Netizen

