Artis / Selebriti
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
Video anak ketiga Shuib Sepahtu, Matin menyanyikan lagu Kekasih Bayangan dan Kehilangan buat ramai tersentuh. Alahai sedap rupa-rupanya suara Matin. Ramai yang perasan gaya Matin menyanyi sama macam arwah Siti Sarah, lebih-lebih lagi part tangan tu..
Meninjau di akaun TikTok milik nama zatymael_ , misssassybeauty telah dikongsikan video yang memaparkan anak lelaki Shuib Sepahtu, Matin sedang berlatih menyanyi. Menerusi dua-dua video itu, Matin menyanyi lagu bertajuk Kekasih Bayangan dan Kehilangan.
Meskipun pada awalnya ada sedikit kesalahan ketika menyanyi dan ditegur oleh Shuib, namun Matin berjaya membawa lagu tersebut dengan baik sekali. Selain Shuib, kakak kepada Matin, Thalita juga turut memberikan semangat kepada Matin untuk belajar menyanyi.
Perkongsian video ini telah mendapat perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suara Matin sangat merdu dan jika diasah bakat nyanyiannya tu, ada kemungkinan Matin akan boleh pergi jauh lagi dalam bidang nyanyian. Malah bukan itu sahaja, ada peminat yang perasan gaya Matin menyanyi saling tidak tumpah seperti arwah ibunya, Siti Sarah.

Melihat gaya dan nyanyian Matin itu turut membuat ramai yang tersentuh dan merindui arwah Siti Sarah. Sehingga kini, video nyanyian Matin itu telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet. Rupa-rupanya Matin juga ada bakat nyanyian seperti Thalita.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@zatymael_ Replying to @divaaskme tangan tu memang trademark matin 🤭😂 #matin #talita #shuibsepahtu #tiktokviral #livetrending
@misssassybeauty Part 1 Matin Mula Nyayi,Hari2 Train Martin pun boleh macam Thalita, Best SUARA, CHOMEL #thalita #dekta #matin #shuib #shuibwatie #shuibsepahtu
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji suara Matin. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebiji macam arwah ibunya.. Ya Allah rinduuuunyaa pada Arwah Siti Sarah.. Sedap suara Matin.. “
” Fuhh part ” Asssssmaaaraaaa” tu meremang.. Matin bleh pergi jauh lgi ni ada ton suara yg sdp …Bla dwsa kelak pasti 1 bukit bintg akan terkenal ko dik ..Usha lbh insyaallah pasti bleh.. “
” Matin nyanyi tak fokus teknik, tapi dia ada jiwa menghayati, kedengaran sedap sebab keikhlasan dia nak nyanyi.. Tu yg comel sangat.. “
” Ada style dia nyanyi.. Kaki dgn tangan sama naik.. Sejujurnya memang Matin ni mewarisi gaya arwah Siti Sarah.. Sedap mcm arwah ibu.. Mendayu perginya.. “
” Ni kalau asah confirm sedap tkpe kecik lagi semoga menjadi penyanyi Matin.. Lain macam suara anak-anak Siti Sarah ni.. “
” Suara dia ada getaran2.. Tone suare die sedappp sgt wehhh…. Dia boleh bawak tu.. bg die feel lagi… Sumpah sedap awk nyanyi.. Alunan tu sgt2 jadii.. “
” Cara pegang mikrofon macam arwah ibu.. Gaya buat jari2 tu pun sama betul lah.. Suara unik sngt.. Tgk bila dah pndai nyanyi nnti mesti best lain dari lain suara dia besttt.. “
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitu lah gaya Matin yang jika dilihat saling tak tumpah seperti ibunya. Sekadar info, sebelum ini video persembahan nyanyian anak perempuan Shuib, Thalita di Bukit Bintang mendapat pujian ramai kerana suara Thalita juga dikatakan merdu seperti arwah ibunya juga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok zatymael_ , misssassybeauty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


