Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantiknya Tunku Zahrah, macam tengok Lily masa kecil pulak.. ” – Netizen

YAM Che Puan Khaleeda Kongsi Gambar Dan Ucapan Sempena Ulangtahun Kelahiran Anakanda Tersayang, YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah Yang Pertama. Alahai Makin Comel Tunku Zoey, Ada Iras Muka Tunku Khalsom Aminah Sofiah !!

Sekejap masa berlalu, hari ini genaplah setahun usia anakanda keempat Tengku Mahkota Johor, Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan ibrahim dan isterinya, YAM Che Puan Besar Khaleeda Bustamam iaitu Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

Meninjau akaun Instagram YAM Che Puan Khaleeda, telah dikongsikan sekeping gambar Tunku Zahrah yang dipanggil sebagai Zoey. Che Puan Khaleeda turut sama mencoretkan ucapan khas buat puteri kesayangannya ini.

Kata Che Puan Khaleeda, walaupun Tunku Zahrah belum boleh membaca ucapannya ini, namun Che Puan Khaleeda ingin Tunku Zahrah tahu betapa sayangnya mama terhadapnya. Kehadiran Tunku Zahrah melengkapkan lagi keluarga pasangan diraja ini dan satu yang istimewa tentang Tunku Zahrah adalah suaranya yang kuat.

Mendoakan agar anakandanya ini sentiasa dilindungi Allah, Che Puan Khaleeda turut menitipkan ucapan terima kasih untuk semua ucapan dan doa yang baik daripada semua untuk Tunku Zahrah. Melihat akan wajah Tunku Zahrah, memang seiras dengan wajah kekandanya, Tunku Khalsom Aminah Sofiah.

Jom baca perkongsian di bawah :

Posting oleh Che Puan Khaleeda ini mendapat perhatian daripada warganet. Ramai yang turut mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Tunku Zahrah dan antara komen-komen mereka :

” Happy Birthday Tunku Zahrah . May you grow up to be the kindest & most loved princess like mama.. “

” Happiest birthday mini lily, cutie pie. Beautiful doa from your beautiful mother. May God continue bless you with good health and happiness always.. “

” Cute little princess, Happy Birthday To Tunku Zahrah Zarith Aziyah . semoga menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapa yang tersayang dan berjaya di dunia & akh1rat. Aamiin.. “

” Happy Sweet Birthday Baby Zoey. You are a sweet and gentle girl. semoga sentiasa didalam lindungan Allah s.a.w.. “

” Adorable baby, Aaaaa cute nya happy birthday lil princess zoey. We love u baby Zoey.. “

” Happy birthday sweetheart, lily junior sangat ni. Comel sangat, senyuman tu beri kegembiraan pada semua orang yang melihatnya.. “

” Cantiknya Tunku Zahrah, macam tengok Lily masa kecil pulak. Happy birthday to you Princess Zoey.. cute sangat ni.. “

Senyuman yang pastinya membahagiakan hati si mama. Wah bersuara kuat rupanya Tunku Zahrah ni, tentu dewasa nanti bakal setegas ayahanda dan bondanya. Apa-apa pun, selamat ulangtahun kelahiran Tunku Zahrah dan semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG YAM Che Puan Besar Khaleeda

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT