” Cantiknya Aafiyah, kecik-kecik dah naik kereta mewah tau.. ” – Netizen

Gambar Dan Video Sekitar Sambutan Hari Lahir Siti Aafiyah Yang Ke 3 Tahun. Part Yang Naik ‘Kereta Mewah’ Tu Comel Sangat Reaksi Muka Aafiyah !!

Esok tanggal 19 Mac 2021 merupakan hari ulangtahun kelahiran yang ketiga buat si cilik kesayangan ramai, Siti Aafiyah Khalid. Umum mengetahui, anak kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini bakal menjadi seorang kakak tidak lama lagi.

Hasil tinjauan kami di akaun Instagram, Dato’ Siti telah berkongsi gambar-gambar sekitar majlis sambutan hari lahir Aafiyah yang diadakan sekali dengan Majlis 2 Legasi pada hari ini. Kelihatan Aafiyah begitu comel mengenakan dress berwarna pink lembut.

Apa yang menarik sekali, terdapat video Aafiyah menaiki kereta permainan berjenama mewah yang berwarna merah yang dikawal oleh seseorang masuk ke tempat majlis utama berlangsung sambil diperhatikan oleh tetamu-tetamu yang hadir.

Tertulis pada kereta tersebut ‘Aafiyah 19’ yang membawa maksud tarikh kelahiran Aafiyah pada 19 haribulan. Kelihatan Asyraf Khalid dan Tya Arifin sekeluarga, Adib Khalid dan Izara Aishah sekeluarga turut memeriahkan majlis tersebut.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar-gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar-gambar seterusnya.. )

Tonton video Aafiyah di bawah :

Ruangan komen di posting-posting Dato’ Siti dibanj1ri dengan ucapan selamat hari lahir buat Aafiyah. Rata-rata peminat memuji penampilan Aafiyah yang sangat comel. Antara komen-komen yang diberikan :

” MasyaAllah, cantiknya rambut aafiyah.. Happy bestday aafiyah semoga jadi anak yg soleh.. mata dia tuh cantikk afiyah.. comelnye anak izara.. “

” Aafiyah cantiknya, muka dah sebijik muka ibu.. Ank dar4 tya dan izara comel sangat2.. Omggggg afiyah dah besar nie sebijikkk guperrr mak dia.. “

” Cantik nyer anak kak ct.. baju cantik rambut cantik semua cantik.. Comel manis muka aafiyah.. Cantiknye aafiyah.. kakak2 sgt dia.. “

” Papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta, kereta kecil warna merah, boleh ku bawah ke sekolah.. aafiyah masya’allah cantik sangat.. “

” Aafiyah sebijik rupa dato’ ctdk.. Cantiknyaaa.. sejak nak jadi kakak ni bertambah2 cantik kakak afiyah.. Alahai mini Tok Ti nyaa.. “

” Cantik nya anak.. Ibu Datok.. kayak Ibu & Ayah.. sukses terus Aafiah.. seperti Ibu & Ayah.. anak maniss.. Kecik2 dah naik kereta mewah taw.. semoga jadi anak solehah anak ibu.. “

” Aafiyah dh nmpk matang sbgi kakak.. comel.. muka Tokti c0pypaste, Happy bday Aafiyah tomei.. mkin besar makin cantikkk Aafiyah ni.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Aafiyah. Semoga Aafiyah membesar dengan sihat, menjadi seorang kakak yang baik dan anak yang solehah. Moga Aafiyah menjadi anak yang patuh pada surahan agama dan juga ibu bapa. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk / tontonmy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..