Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantik-cantik semua anak mummy, yang bongsu paling manis.. ” – Netizen

Gambar Didie Alias Bersama Anak-Anak Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan Anak Lelakinya Raih Perhatian Ramai. Cantik-Cantik Semuanya Bertudung, Yang Hujung Ada Iras Fazura Lah !!

Dua hari lalu, anak pelakon dan pengacara, Didie Alias iaitu Muhammad Dhanial Mohd Ridzuan telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nur Khairunnisa Zulkifli di Tawau, Sabah. Didie atau nama sebenar, Nur Fadzilah Ali, turut berkongsi gambar sekitar majlis berlangsung di akaun Instagram miliknya.

Rombongan Didie sekeluarga telah menggayakan busana hijau muda bagi meraikan majlis pernikahan anak keduanya itu dan busana berwarna merah hati pada majlis resepsi. Selain berkongsi gambar, Didie juga memanjatkan rasa syukur di atas kelancaran majlis tersebut serta gembira menerima menantu perempuan dalam keluarga.

Namun, satu gambar Didie bersama anak-anak perempuannya, Nur Dinie, Nur Dhaniyah, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana telah mencur1 perhatian warganet. Soloroh Didie pada ruangan kapsyen, dirinya bergambar bersama adik-adik.

Perkongsian gambar Didie bersama anak-anak perempuannya itu telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Ada peminat mengatakan yang ada seorang anak Didie memiliki wajah seiras seperti pelakon Nur Fazura.

Ikuti perkongsian gambar di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan anak-anak Didie serta mengucapkan kata tahniah kepada Didie kerana telah menerima menantu perempuan. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cantik-cantik semua anak mummy, yang bongsu paling cantik manis.. Tahniah mummy dapat menantu lagi.. “

” Yg sulong tinggi melampai tu model umpamanya.. Mcm muka mummy, cntik2 semua.. Yg hujung ada iras2 Fazura.. “

” Semua muka sama lah.. Hahahahahhaa oklaaa mummy, acceptable.. kasik chance, hehehe lawo2  semuanya adik2 mummy.. “

“Cantik cantik anak mami, mcm mami jugak … Cantik. Minat mami dari zaman zaman sekolah smpai lah laaaa ni.. “

” Cantik sgt mami dh sama je dgn anak2.. Yang kanan sekali iras mummy muda2 dulu.. Tahniah mummy dapat menantu perempuan.. “

” Merahnya makngah, hehehe.. Mummy nampak melet0ps sangat, makeup pun cantik.. Anak-anak mummy semua muka cantik2.. “

” Why mummy you look so gorgeous.. Suka tengok mummy dengan anak-anak.. Semoga mummy sentiasa bahagia slalu disamping anak2.. “

Betul lah apa yang dikata oleh warganet, anak-anak perempuan Didie semuanya cantik-cantik belaka. Ada yang iras Didie ketika muda dah ada yang iras seperti arw4h Ridzuan Hashim. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Didie kerana baru sahaja menerima kehadiran ahli keluarga baru.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ladydidiemsia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT