Artis / Selebriti
” Bunyi muzik zaman dulu-dulu, macam suasana tahun 70an jadinya.. ” – Netizen

Video Majlis Sambut Menantu Sabri Yunus Dan Angeline Tan Bertemakan Era 70an Raih Perhatian Ramai. Wah, Memang Vibe Zaman Dulu-Dulu Sangat. Pelamin Pun Legend !!
Menerusi beberapa akaun TikTok, perkongsian video ketika majlis sambut menantu Sabri Yunus dan Angeline Tan bertemakan tahun 70an telah meraih perhatian ramai. Majlis tersebut diadakan di Akademik Nik Rashiddin, Bachok Kelantan.
Walaupun Sabri dan Angeline telah bernikah pada tahun lalu, namun pasangan ini masih tetap diraikan sehingga kini. Pasangan pengantin mengenakan persalinan berwarna merah, manakala tetamu yang hadir pula perlu memakai pakaian tradisional.
Tambah menghidupkan suasana tahun 70an apabila ada tetamu yang hadir dengan mengenakan kain batik sama ada dipakaikan di kepala atau dijadikan selempang. Selain itu, tetamu juga berpeluang bermain beberapa permainan tradisional seperti congkak dan wau.
Dari segi pelamin pula, hiasan yang digunakan sangat memberikan vibe tahun 70 an. Kerusi pasangan pengantin juga menggunakan kerusi pengantin zaman tersebut. Wah, memang mengimbau kenangan zaman dahulu. Sangat meriah sekali.
Jom tonton video di bawah :
@lyalyani_ Orang ke laut menjala udang, Petang hari pasang pelita, Yang ditunggu sudah pun datang, Yang dinanti sudah pun tiba. Tanam serai berumpun-rumpun, Disiram air setiap hari, Lemah gemalai hayun tersusun, Maklumlah dipanggil raja sehari. Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Selasih, Pasangan pengantin segak melangkah, Mara menuju mahligai kasih. #foryourpage #sabriyunuskahwin #ardiniangelinetan #sabriyunus #silangbudaya #tanahserendahsekebunbunga #tahunmelawatkelantan2024 #visitkelantan2024 #fypシ゚viral #weddingoftheyear
@ustaz.serban.mera Ambo ditugaskan sebagai pengawal pengantin dan penyambut pengantin yang besohor lening iaitu Sabri Yunus Dan Ardini Angline Tan #foryourpage❤❤ #fyp #sabriyunus #anglinetan #usm #tahunmelawatkelantan2024 #penghayatanmembangunbersamaislam
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat majlis ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Sabri yunus kawin lah adat kelantan tk dilupakan meriah kan dgn tarian semua alhamdulillah.. sedap nya bunyi muzik zaman dulu2.. “
” Rindu zaman ni. adat & tradisi melayu Kelate x luput ditelan zaman..Sya sbg anak jati Kelate ttp berbangga.. macam suasana tahun 70 an jadinya.. “
” 2 budaya disatu kn.. moga kekal ke jannah wea smail golok dgn lucy.. Video ini boleh dijadikan sebagai satu dokumentari.. “
” Menyambut menantu baju merah cantik.gabung dgn tahun baru cina, ceria.. Semoga pokya dn psgn bhgia , hingga ujung usia.. “
” Alhamdulilah merah sangat lah mak ngah,ni pekej cny sekali.. bertuah nya dapat sanding lg best nyerrr.. Lawa kerusi tu. zaman dulu. punya. suka cantik.. “
” Ni klu ada budin ngan ravi mau kecoh 1 kpg.. alhamdulillah..di rai sampai ke hari ni… kalau jodoh x kemana.. walaupun hampir di hujung usia.. “
” Alhamdulillah… tp merah sgt la Mk Ngah.. pengantin yg paling netizen suka.. Aku tak tau nape bila tengok pasangan ni… Aku lak tersenyum senyum… Haishhh.. “
Inilah yang dikatakan jodoh tidak mengenal usia walaupun pasangan ini sudah di usia emas. Semoga jodoh Sabri Yunus dan Angeline Tan berkekalan hingga ke jannah, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa bahagia selalu. Amin
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ustazserbanmerah, lyalyani, IG Kelfoto
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral5 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin