Artis / Selebriti
” Buat hal betul Bang Mel, dia boleh petik lagu Abang Tesla pula, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Syamel Dan Ernie Zakri Ketika Berada Di Atas Pentas TikTok Award 2023 Buat Ramai Terhibur. Boleh Pulak Bang Mel Tiba-Tiba Menyanyi Lagu Viral Abang Tesla. Sekali Kena Warning Dengan Kak Ninie, Diam Terus Bang Mel, Haha !!
Semalam telah berlangsungnya majlis TikTok Awards 2023 di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang bertemakan ‘Yang Gah Di Skrin Kecil’ . Sebanyak 13 buah ketegori dipertandingkan yang terbahagi kepada Pilihan Juri (Judge Pick) dan Pilihan Peminat / Popular (People’s Choice) .
Meninjau di akaun TikTok milik fans penyanyi Syamel dan Ernie Zakri telah dikongsikan video yang memaparkan Syamel serta Ernie menyampaikan pemenang anugerah TikTok Awards bagi kategori ‘Popular Content Creator of The Year’. Namun apa yang mencuit hati adalah telatah pasangan ini ketika berada di atas pentas.
Ramai yang sedia maklum, Syamel dan Ernie memang pasangan yang kelakar. Menerusi video itu, Syamel secara tiba-tiba menyanyikan lagu ‘Kau Tigakan Cintaku‘ milik Elkasih yang menjadi lagu latar belakang video hangat isu tular berkaitan Abang Tesla baru-baru ini.
Belum sempat Syamel mahu menghabiskan lagu tersebut, nyanyian Syamel telah dihalang oleh Ernie. Gelagat spontan mereka itu telah membuat ramai yang tidak kering gusi ketawa. Menerusi video lain, pasangan suami isteri ini turut membuat trend Non-Playable Characters (NPC) AI Mode seolah-olah mereka mendapat hadiah ketika live di TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@eznators diorang kalau tak buat lawak tak sah🤣🤣 #erniezakri #TikTokAwardsMY #ernienators #MenduniaEZ #iconicduo #syamel #abangtesla
@eznators virus ai semakin membahaya😭 #erniezakri #ernienators #TikTokAwardsMY #MenduniaEZ #iconicduo #syamel #ai
Selain terhibur, ramai yang mengakui suara Syamel sangat merdu membawa lagu tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Buat hal betul Bang Mel, dia boleh petik lagu Abang Tesla pula, hahaha.. Btw memang sedap lah dengar suara Bang Mel nyanyi lagu ni.. “
” Part yg dia menganjing abang tesla tu cannot lah, haahhaahahhahaha masuk air betul lah Syamel.. Jaga2 balik rumah nanti Ernie gulung rambut tu, hahaha.. “
” Yang part bergulung rambut tu adoyaii, hahahaha tapi suara Syamel cover lagu tu omg.. Knp la skjp sngt, sdp doh suare die.. “
” Sdp suara Syamel boleh buat cover tk.. Kak Ninie bagilah dia habiskan chorus tu dulu, sedap g1la suara, aduhh tak puas dengar.. “
” Srh blkg sikit y aku gelak tu… Sblm bergulung lg rambut kah2.. Barai aku gelak.. Masuk air betul lah suami isteri ni, kalau tak buat perangai memang tak sah.. “
” HAHAHAHAHAHAHA.. Dalam live tiktok lawak, dkt live show pon lawak dorang ni.. Bang Mel Jangan macam2 terbang kang dgau Kak Ninie jerit g5.. “
” Syamel ni dari dia AF lagi dah minat dah ngan suara unik dia.. Kene pulak dgn Ninie one of great voice penyanyi Malaysia ni.. “
Amboi berani sungguh Syamel menyanyi lagu sedang viral tu, nasib baik Ernie maintain cool. Syamel dan Ernie memang tak pernah tak kelakar, ada sahaja gelagat mereka membuatkan ramai terhibur. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang semalam. Semoga kalian terus menghasilkan video yang menarik lagi selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok @eznators, IG syamel_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Asyik tersasul je Fattah ni. Adik-adik yang baik tak pandai nak menipu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejarah serbuk arang gigi Dherbs berulang kembali. Random lah Ammar, mengekek gelak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” I watched the years pass from a far, never near enough to whisper.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kak Long spill the tea, Aca pulak menyambung. Last last Aca yang kena dengan Fattah. Kantoi semua dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Jawapan Ayden tu buatkan kita pula terharu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya akan diabaikan, disingkirkan dan dibuang dengan begitu sahaja.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Cara Hayder cakap tu macam dah lama pendam tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sayunya dengar suara anak-anak Suhaimi ni. Mesti mereka ingat moment dengan arwah ayahnya.. ” – Komen Netizen