Artis / Selebriti
” Bila Sky dan mommy bergabung, terkedu terus abahnya, haha.. ” – Netizen

Video Ridzokumura Membuat Live Bersama Isterinya, Akiko Dan Anak Mereka, Sky Buat Warganet Teruja. Alahai Cantiknya Akiko Ni, Dah Macam Anak Patung. Comel Je Cakap Terima Kasih Non Stop Tu. Ridz Nak Mencelah Pun Tak Boleh. Nasib Ler, Haha !!
Nama Ridzokumura mula menjadi sebutan ramai gara-gara video menu sahur dan berbuka puasa yang dimasak oleh isterinya, Akiko. Akiko wanita asal negara Jepun ini seorang yang pemalu dan jarang dapat dilihat dalam video Ridzokumura. Malah Akiko juga tiada akaun media sosial.
Meninjau entry di akaun Instagram Ridzokumura, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Akiko join sama live Ridzokumu dan anak mereka, Sky. Melihat wajah Akiko yang cantik dan putih melepak ini, ramai yang memujinya. Koemn warganet, seperti melihat anak patung bercakap.

Klik gambar untuk info..
Akiko tidak putus-putus mengucapkan ucapan terima kasih kepada follower yang memberi mereka gifts. Apabila mak dan anak bergabung, ayahnya yang di belakang tidak berpeluang untuk bercakap. Sky pun begitu riuh bercerita itu ini sambil membaca komen-komen.
Kata Sky, dia mahu membuat rumah terbuka untuk Aidilfitri tetapi rumah mereka kecil. Apa lagi menjawab ayahnya dengan loghat Perak. Seronok warganet melihat live mereka bertiga ini, sama-sama riuh. Ramai yang terpegun melihat wajah Akiko, walaupun sudah berusia tetapi awet muda.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Nampaknya bila anak dan mak bergabung… yang dekat belakang tu.. dah tak boleh cakap haha. udoh tenggelam abohnye.. ”
” Cantik dan sangat muda mama sky.. umur 50an tapi asal nampak muda sangat ni. kita yang muda ni lagi nampak tua tau.. ”
” Masha Allah.. Patung bercakap, comel sangat la.. maknya jarang n malu slalu nk msuk live n vtt… tp bila skali masuk… ha kau… kalah apaknye.. ”
” Wah arini wife ada sekali lah. cantik sangat mak sky ni, macam umur 30 an je. tenggelam trus abg riz.. so cute both mother and son.. ”
” bila sky dan mamy gabung, terkedu terus abohnya haha.. Kenpa comel Sgt ni cakap terima kasih saja xberhenti.. Sangat mghargai.. ”
” hepi la kita jrg2 dpt tgk kakak akiko. xde can la nampaknya ayah dia nk bersuara haha.. Terus tak bole ckp bapaknye bile mummy sky+sky brgabung.. ”
” Cantik cam anak patung mami sky. Akiko comel sangat. Pening orang belakang nak bercakap tak lepas haha.. ”
Elok hendak buka beg kuning terus tenggelam ayahnya dek anak dan mak, hehe. Jarang-jarang dapat tengok Ridzokumura terpinga-pinga seorang sebab tak boleh mencelah. Selalunya dia lah yang ‘assalamualaikum kawan-kawan’, kali ini Sky dan mommy caras habis, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG RidzOkumura, Tiktok Umar Hisnan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen