Connect with us

Artis / Selebriti

” Bila ayah lagi beria. So GF, your BF jarang jumpa menda alah ni, haha.. ” – Kamal Adli

Video gelagat Kamal Adli bermain trampoline bersama anaknya, Hawra Uqaira buat ramai terhibur. Eh, macam ayah je yang terlebih excited melompat. Hawra pula yang kena jaga ayah, haha.. 

Setiap kali Kamal Adli meluangkan masa bersama anaknya Hawra Uqaira, pasti Kamal akan merakamkan detik indah mereka bersama untuk dijadikan sebagai kenangan. Semua kenangan bersama Hawra disimpan rapi agar apabila Hawra besar nanti, Hawra boleh melihat kembali memori mereka bersama.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kamal Adli, telah dikongsi satu video terbaru Kamal bersama Hawra. Kali ini, Kamal membawa Hawra bermain permainan indoor untuk menggembirakan puteri kesayangannya itu. Menerusi video ini, kelihatan Kamal bermain trampoline dan melompat dengan riang.

Hawra yang melihat ayahnya melompat tinggi cuba mengikut cara ayahnya itu. Memetik komen warganet, Kamal terlebih happy dapat bermain permainan ini. Sambil melompat, Kamal memanggil-manggil nama Hawra supaya melompat bersama-sama.

Keadaan Kamal yang semakin ceria ini menyenangkan hati warganet. Tulis Kamal di ruangan kapsyennya berbunyi ‘ bila ayah lagi beria, so girlfriend, your boyfriend jarang jumpa benda alah ni ‘. Tidak hanya kanak-kanak yang suka bermain permainan ini tetapi orang dewasa juga suka.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Ketua okay tak lepas lompat2 tu, kita ni baru henjut,belom lompat dah pening.. Hawra pasrah layan ayah nampak nya. Ayah happy Hawra mesti happy.. “

” Hahahaha ayah pulak yg terlebih excited eh. takpe la Hawra, kasi can la sbb masa kecik2 dulu ayah awak tu tak dpt merasa main benda ni. btw tumpang hepi utk korg berdua… Alhamdulillah, dpt lepas rindu Setelah sebulan ayah berada di perantauan.. “

” Ayah2 lagi excited dari anaknya haha.. kan zaman kecik2 dulu mana lah jumpa menda gini.. sukaa tgk bondingg dgn Hawraa.. “

” Xpe abg kamal janji anak happy bila nampak kita happy sekali…. last2 tu hawra suka yayah dia lompat sekali.. “

” MashaAllah happy nyaaa .. alhamdulillah so happy with Hawra tercinta..best moments ever.. “

” Auto jadi kanak2 Ribena ya Ayah bila bersama dengan puteri kecilnya haha.. Happy tengok anak beranak dapat spend time bersama.. “

” Ni siapa yg enjoy lebih ni???? ayah jaga hawra ke hawra yang kena pantau ayah ni.. rosak dah ayah awak ni hawra haha.. “

Warganet turut tumpang gembira melihat kebahagiaan Kamal apabila dapat meluangkan masa dan bermain bersama Hawra seperti ini. Bukan Hawra yang berperangai kanak-kanak tetapi ayah Hawra pula yang terlebih excited. Apa-apa pun, semoga Kamal dan Hawra sentiasa gembira bersama sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kamal Adli   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak