Artis / Selebriti
” Biar betul Eica makeup sendiri ? Pandai dia lukis kening, jadi elok.. ” – Netizen
MUA Bellaz Kongsi Gambar Anak Sulungnya, Eica Sudah Pandai Makeup Cur1 Perhatian Ramai. Wow Cantiknya Hasil Makeup Eica. Baru Umur 9 Tahun, Cara Makeup Dah Nampak Macam Professional !!
Setiap kali menonton video tutorial makeup oleh wanita ini, pasti ramai yang tidak dapat mengelipkan mata walau sekejap pun. Ditambah pula dengan kepetahan bercakap dan membuat lawak dalam loghat utara, ternyata MUA Bellaz sentiasa mendapat perhatian daripada warganet.
MUA Bellaz yang begitu aktif dalam media sosial sering berkongsi foto mahupun video melalui Instagramnya. Apa yang telah menjadi perhatian kali ini adalah foto Bellaz bersama anak sulungnya iaitu Iris Alisya.
Menerusi gambar tersebut, Bellaz turut berkongsi cerita yang anak perempuannya sudah pandai bersolek sendiri. Meskipun baru sahaja berusia 9 tahun, kalau dilihat hasil makeup anak Bellaz ini boleh dikatakan ‘tiptop’ .

Malah ramai yang menyifatkan anaknya itu mewarisi bakatnya. Bak kata pepatah, mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sehingga kini perkongsian gambar Bellaz itu telah mendapat lebih 13 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memuji hasil solekan Eica dan menyatakan kedua beran4k ini memiliki wajah yang cantik dipandang. Antara komen-komen menarik adalah :
” Biar betul Eica makeup sendiri ? Pandai dia lukis kening, jadi elok. Besar dh Icha, cntik mcm mama dia sejak kecil teman mama, ambik aura mama.. “
” Uish, kening elok ja Eica, saya sampai la ni tak pndai2 nak lukis kening, hahahaha asyik jadi mcm l1ntah dah.. “
” Lovenyaaa dua beranak ni. Pandai betul Eica, auntie pn tak pndai make up mcm Eica. Memang Eica ni mewarisi bakat mama dia betul.. “
” Woww melet0p makeup dia, kalah kita yang tua ni. Kalau aku lukis kening tu mau jadi macam kartun Shin Chan, hahaha.. “
” Haih pndai betul. Kite pon tak pndai nk pakai bulu mata p4lsu, memang hebat lah anak mua sorang ni.. “
” Ni memang penurun legasi mama dia lah. Nanti besar mesti jadi Mua terkenal macam Bellaz, hehe.. “
” Cantiknya kakak Eica pandai makeup macam mama dia. Muka Bella dengan Eica sebiji noh, tapi gambar ni tak nampak mcam dua beran4k, nampak macam dua beradik.. “
Solekan Eica nampak seperti sudah mahir, memang berseni hasil tangan anak MUA Bellaz ni. Patut lah ramai yang memuji. Apa-apa pun, semoga MUA Bellaz terus berjaya dalam bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Muabellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen

