Artis / Selebriti
” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Kelakar lah Erra ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video respon Erra Fazira ketika ditanya apakah juadah yang dimasak untuk suaminya, Ezwan Zain pada Hari Raya buat ramai terhibur. Wah, jawapan selamat tu. Makin kelakar lah Erra ni, haha..
Umum mengetahui yang primadona terkenal, Erra Fazira telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ezwan Zain beberapa bulan yang lalu. Perkembangan kehidupan Erra selepas bergelar isteri sering mencuri tumpuan peminat.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Borak SeeNI, telah dikongsikan dua video yang memaparkan sesi temubual bersama Erra. Perkongsian tersebut dengan pantas menarik perhatian warganet yang tidak melepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan bahagia selebriti kesayangan ramai ini.
Menerusi video pertama, Erra ditanya mengenai juadah raya yang dimasak untuk suaminya. Namun, Erra dengan bersahaja menjawab bahawa pada tahun ini, dia dan suami menyambut Hari Raya di rumah ibu dan juga rumah mentuanya dan itu menyebabkan dia tidak sempat untuk memasak. Jawapan spontan Erra bersama reaksinya yang mencuit hati itu membuatkan warganet terhibur.

Menerusi video kedua pula, Erra diajukan soalan sama ada dia akan mengadakan rumah terbuka. Erra menjelaskan bahawa dirinya agak sibuk dan memandangkan bulan Syawal juga sudah hampir ke penghujungnya, kemungkinan untuk mengadakan majlis tersebut agak tipis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur mendengar apa yang dikatakan oleh Erra tersebut dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Boleh tahan kelakar lah Erra ni, haha.. Makin cantik lah Erra slps kahwin.. “
” Masha Allah tabarakallah… Sebab kakak ratu kiter tu bersuamikan lelaki harapan -menikahi wanita yang digilai nya.. “
” Kalau masak nanti tak sempat nk mekap. Sbb tu dia lawa.. Simple je jwpannya, kiter pun suka dengar, hehee.. “
” Kannnn… Duk rumah sendiri baru la kita masak… Kita setujuuu… Suami dia chef dia tak perlu masak.. “
” Singkat padat tepat raya kat luar.. Makin kelakar ek lpas kwin ni Kak Erra.. Hahaha berdekah aku gelak.. “
” Dah nama raya, keluar beraya lah kan, haha.. Alah masak ke tak masak ke, janji bahagia kan Erra.. “
” Yiihhhh cantik betul laaa. Comel. Sempoi bethols.. Kan..Takde masa nak masak.. Kang masak, tak de masa nak makan ape yg dh msk, huhu.. “
Perkongsian video ini jelas memperlihatkan sisi santai dan ceria Erra Fazira dalam menjalani kehidupan sebagai isteri. Sikapnya yang bersahaja serta penuh ceria terus membuatkan peminat semakin menyayanginya dan sentiasa ternanti-nanti perkembangan terbarunya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG borakseeni, errafazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

