Artis / Selebriti
” Bestnya tengok rumah Ifa Raziah. Dah lah cantik, kemas tersusun.. ” – Netizen

Video House Tour Rumah Penyanyi Ifa Raziah Raih Perhatian Warganet. Wow Cantik Sangat, Part Ukiran Syiling Rumah Tu Memang Elegan Dan Mewah Lah !!
Siapa tidak mengenali nama Ifa Raziah atau lebih dikenali dengan panggilan Miss Diva. Ifa yang merupakan seorang penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara televisyen dan sekarang sudah bergelar seorang usahawan yang berjaya.
Meskipun mengakui masih belum lagi memegang title ‘jutawan’ mungkin ramai yang dapat melihat kehidupan Ifa sekarang yang jauh lebih senang daripada sebelum ini. Malah dirinya juga menjadi perhatian ramai kerana sering memperagakan barangan kemas ketika hadir di mana-mana majlis.
Terbaru, menerusi akaun Instagram seorang founder yang juga sahabat Ifa Raziah iaitu Che Potpet telah berkongsi satu video memaparkan dirinya telah membuat house tour di kediaman Ifa Raziah. Pada awal video itu, kedatangan Cheta bersama rakan-rakan yang lain telah disambut mesra oleh Ifa sendiri.
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai. Manakan tidak, sebelum ini Ifa Raziah sendiri tidak pernah show off kediamannya kepada umum. Wow memang cantik, sampai Cheta sendiri pun teruja tengok syiling rumah Ifa Raziah.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa teruja mereka setelah melihat semua ruangan dalam rumah Ifa Raziah. Antara komen-komen warganet adalah :
” Bestnya tengok rumah Ifa Raziah. Dah lah cantik, kemas tersusun semuanya, firts time dapat tengok rumah Ifa, thanks Cheta, hehe.. “
” Cantiknya rumah Miss Diva, nampak memang mewah lah. Sebelum tak pernah pun Ifa share video tour rumah kan, hehee memang low profile betul.. “
” Mak aik, besarnya rumah dia. Semua dalam almari barang LV beb. Toilet pun nampak kemas dan bersih.. “
” Fuhhyooo besar rumah Kak Ifa. Cantik pula tengok Kak Ifa tak makeup, nampak muka natural beauty sangat.. “
” Humblenya dia, smple je pakai sambut tetamu datang. Lawa lah rumah Diva, memang class gitu tau, mewah sangat.. “
” Wow tidur sambil boleh tengok rak kaca beg LV, hehe memang dah taraf jutawan Ifa, tapi tak nak tunjuk.. “
” Hahaha siap Cheta berlari lagi, luas betul ruang tamu rumah Ifa, dapur pun cantik dan kemas, suka tengok.. “
Memang wow lah rumah Ifa, cantik sangat. Kalau dilihat lagi, rupanya Ifa ini seorang yang sangat simple berada di rumah meskipun menyambut kehadiran tetamu yang datang, hanya memakai baju kelawar tanpa sebarang makeup pun.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ifa Raziah, Chetapotpet_sdfounder
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar