Artis / Selebriti
” Besar gah betul rumah bonda. Dalaman tu memang elegant lah, mewah.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri Tour Rumah Bonda Rozita Ibrahim Buat Warganet Teruja. Fuh Gempak Betul Dalaman Rumah Bonda. Dari Luar Pun Sudah Cantik, Masuk Dalam Lagi Wow. Dah Macam Istana. Lain Daripada Yang Lain Citarasa Bonda !!
Siapa yang tidak kenal dengan usahawan bertaraf jutawan, Dato’ Aliff Syukri dan ibunya, Bonda Rozita. Sebagaimana yang semua sedia maklum, Bonda Rozita mempunyai perniagaan spa kecantikan iaitu Rumah Hutan Terapi Alam Bonda Rozita di Batang Kali.
Bonda juga sedang dalam proses menyiapkan rumah barunya di atas bukit. Dato’ Aliff sebelum ini ada menunjukkan sedikit video yang memaparkan rumah baru Bonda itu. Kali ini, Dato’ Aliff membawa warganet untuk terjah kawasan dalaman rumah Bonda pula.
Meninjau entry di akaun Instagram Dato’ Aliff Syukri, telah dikongsikan video tour kawasan dalaman rumah Bonda itu. Pada awal video lagi Dato’ Aliff mengusik Bonda Rozita dengan mengatakan rumah bonda besar tetapi kereta bonda buruk. Jika bertemu dengan Bonda, memang ada sahaja benda yang hendak disakatnya.

Bonda Rozita memilih English Style sebagai konsep dalaman rumahnya itu. Semua bahan yang digunakan juga bermutu tinggi. Lebih eksklusifnya rumah bonda ini ialah pemandangan yang berlatar belakangkan hutan dan bukit. Ruangan dapur sahaja besar dan luas, apatah lagi ruang tamu dan bilik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masya Allah bestnya.. ” – DS Siti Nurhaliza
” Suka rumah bonda dekat hutan atas bukit dan saya paling suka opening window yang besar hadap view bukit indah.. ”
” Rezeki dari Allah, mak dengan anak sama-sama kaya.. Alhamdulillah seronoknya tgk.. beautiful, letop umh bonda.. ”
” Wahhh dapur rumah bonda, sebijik rumah saya.. cantiknya view hutan dan bukit.. rezeki dari Allah.. ”
” Ala video tak dapat tengok habis dah putus.. cantiknya view tu, tenang hati kalau rumah macam ni.. ”
” Wah bestnya rumah Bonda Rozita.. Alhamdulillah rezeki dari Allah.. Rumah idaman ni mengadap gunung.. ”
” Alhamdulillaah. Seronok tgk orng melayu kaya raya. Tumpang gembira tgk keluarga Dato aliffsyukriterlajaklaris kaya raya. view tu cantik sangat.. macam gambar tapi nyata.. ”
” Ni bukan rumah dah Dato’ , istana atas bukit dah ni. Besar gah betul rumah bonda. dalaman tu memang elegant lah.. mewah.. ”
Belum siap sepenuhnya pun sudah terserlah kecantikan dalaman rumah Bonda Rozita ini. Kalau telah siap 100 peratus, lagi terpegun mata semua melihat keindahannya. Cepat Dato’ sambung part 2, ramai yang hendak melihat lebih lagi dalaman rumah Bonda.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti6 days ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen

