Connect with us

Artis / Selebriti

” Berkerut-kerut kening Bunga layan atuknya buat video, hahaha.. ” – Netizen

Video Terbaru Tok Sidang Jinggo Bersama Cucunya, Bunga Elhaq Buat Ramai Yang Geram. Alahai Makin Besar, Makin Comel Dab Bambam Lah Bunga Ni. Part Senyum Nampak Gigi Tu Alahai Cute Sangat !!

Kehadiran cucu pertama, Bunga Elhaq dalam keluarga Jinggo atau lebih dikenali sebagai Tok Sidang dan isterinya, Sheila Rusly benar-benar satu anugerah terindah. Ada sahaja video mahu pun coretan Tok Sidang di akaun Instagram miliknya pasti menarik perhatian ramai.

Terbaru, Tok Sidang telah memuatnaik video bersama Bunga. Menerusi video tersebut, kelihatan Tok Sidang sedang mendukung Bunga di halaman rumahnya. Tulis Tok Sidang yang dirinya tidak sabar untuk melihat Bunga membesar kerana Tok Sidang tak sabar untuk menyakat Bunga seperti Mika dahulu.

Reaksi Bunga ketika Tok Sidang membuat video telah mencur1 perhatian warganet. Ada yang mengatakan Bunga sekarang semakin bambam dan comel. Bukan itu sahaja, ada yang bersoloroh minta agar Bunga jangan cepat membesar kerana tidak mahu Tok Sidang menyakatnya.

Perkongsian terbaru Tok Sidang bersama Bunga telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai patut lah ramai yang geram melihat gelagat Bunga, comel sangat senyuman Bunga. Lagi-lagi apabila Bunga senyum sambil menampakkan giginya.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka memuji kecomelan Bunga. Antara komen-komen menarik adalah :

” Berkerut-kerut kening Bunga layan atuknya buat video, hahaha.. Ger4m betul tgk Bunga sekarang, makin m0ntel betul sekarang ni.. “

” Bunga jangan besorrr. Atuk awak nak kenakan awak . Nanti kasut sekolah awak tiba2 hilang tu keje Atuk awak lah ye, hahaahaha.. “

” Teringat dulu Tok Sidang selaluu kenakan Mikha Nk Pergi Sekolah Sorok Stokin dia.. Naiyaa Lps ni turn Bunga pulakkk hehehe.. “

” Dia kata dada ni nak ngenakan teman ni. Sebab tu dia pandang camtu. Haha comei betul cucuk Tok Sidang, merah mennyala bibir Bunga.. “

” Cantiknya Bunga sekarang.. Alahai ger4mnya tengok si cantik ni.. Semoga Bunga menjadi anak yg cemerlang di dunia n akhirat.. “

” Mashaallah comelnyaaa cucu Tok Sidang, kejap betul Bunga ni besar.. Kelakar baca kapsyen Tok Sidang, sempat lagi angan2 nk usik Bunga nanti, hahahaha.. “

” MasyaAllah cantiknya Bunga ni…. Besar nanti mesti jd bunga pujaan ramai teruna.. Besar dengan sihat ya Bunga sayang.. “

Sebagai atok, pastinya Jinggo begitu seronok melayan gelagat comel cucunya ini. Lebih-lebih lagi Bunga merupakan cucu sulungnya dan satu-satunya cucu yang ada buat masa ini. Apa-apa pun semoga Bunga terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG jinggo_jspictures

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT