Artis / Selebriti
” Benda paling best bila majikan kongsi rezeki dengan staff.. ” – Komen Netizen
Video Hanis Zalikha dan Hairul Azreen membawa staff mereka bercuti di Jepun raih perhatian ramai. Wah, seronok dapat majikan menghargai pekerja macam ni. Pakai baju pun sedondon setiap hari. Part last tu comelnya suara Yusuf dan Alissa..
Meninjau ke akaun Instagram Hanis Zalikha, perkongsian sebuah video yang memaparkan Hanis dan Hairul Azreen membawa semua staff mereka pergi bercuti telah meraih perhatian ramai. Mereka memilih Jepun sebagai destinasi percutian bersama staff.
Seramai 30 orang staff mereka telah dibawa ke sana sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Bukan itu sahaja, pasangan ini turut menempah jaket khas buat kesemua staff ini. Percutian mereka ke negara matahari terbit ini adalah selama 5 hari.
Selama 10 tahun Hanis menjalankan perniagaannnya bukanlah sesuatu yang cukup mudah. Namun kini Hanis berasa sangat bersyukur kerana mampu membawa 30 orang staffnya pergi bercuti ke Jepun. Ia merupakan salah satu impian Hanis.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 9 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Hanis merakamkan momen bersama kesemua staffnya sebagai tanda kenangan dan diabadikan menerusi video ini. Nampak sangat seronok sangat semuanya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Benda paling best bila majikan kongsi rezeki dng staff selain dari bonus Moga bertambah Murah rezeki berkongsi rezeki dng staff2 semua tengok pun rasa happy.. “
” Wei mcm squid game teams dah. ada keja kosong tak KekNis. Bestnye dapat majikan cm ni.. Tolong jual jacket2 tu juga terutama brown color tu .. “
” Alhamdulillah..Semoga murah rezeki Hanis dan Hairul. Kenangan yg sgt mahal, terima kasih sekali lagi bosses .. Comel betul baju cantik sangatttt .. “
” Seronok tgk bila majikan kongsi rezeki dgn staff.. kita yg view ni pun, turut gembira. Moga melimpah ruah rezeki KekNis & Hairul.. Business bertambah maju, inshaAllah Aamiin Allahumma.. “
” Woww bestnyaa pegi jepun Very inspiring.. watching this sebak jap.. Best nya hasil kongsi bersama…dpt boss mcmni lh best hargai pekeje.. “
” Wishing HBSB all the success and growth in the world! May Allah reward u abundantly for all that u give and do for the people around u. Keep shining .. “
” Sweet memories that will never be forgotten Aim High, Fly Higher hbsbcompany 💪🏻Thank you for being the best bosses in the world hairulazreen haniszalikha.. “
Wah, seronoknya apabila mempunyai majikan yang amat menghargai hasil usaha pekerjanya. Ini merupakan satu hadiah yang cukup istimewa buat semua pekerja mereka. Bukan senang untuk mendapat hadiah percutian ke luar negara yang percuma daripada majikan. Selamat bercuti semuannya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hanis Zalikha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

