Artis / Selebriti
” Bapak besar, ni kalau main sembunyi boleh hilang terus.. ” – Netizen

Video House Tour Banglo 6 Tingkat Datuk Yusof Haslam Raih Perhatian Ramai. Wah, Besar Betul Rumah Datuk. Tak Sangka Siap Ada Bela Ayam, Itik Dan Kambing !!
Meninjau ke akaun Instagram Skop IG, perkongsian video house tour Datuk Yusof Haslam telah meraih perhatian ramai. Banglo 6 tingkat milik Datuk Yusof ini sememangnya menjadi perhatian kerana terletaknya di atas bukit dan tersergam indah.
Namun siapa sangka di sebalik banglo ini, Datuk Yusof turut mempunyai kebun dan membela beberapa jenis haiwan seperti ayam, itik dan kambing. Selain itu, beberapa kemudahan lain yang ada seperti gelanggang badminton dan juga kolam renang.
Ramai warganet kagum melihat keadaan rumah Datuk Yusof yang dilengkapi segalanya. Walaupun ia merupakan sebuah rumah banglo, namun tetap mempunyai suasana kampung. Pastinya ramai tidak menyangka begini keadaan halaman rumah Datuk.
Difahamkan juga, kawasan rumah Datuk Yusof turut digunakan sebagai tempat penggambaran beberapa buah filem dan drama terbitan syarikatnya termasuk Semb1lu. Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat rumah Datuk Yusof. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nak full video kat mana ? macam best je.. Ni kalau main sembunyi2 bole hilang terus.. Trs tk dapat dikesan.. mana hilang pn taktau la.. “
” Nak full video Nak tengok kebun Datuk Yusof Haslam.. Wow kaya2 itu lah sayang rumah besar tak ramai yg duduk nak kemas penat seh apa pon datuk sehat.. “
” Bapak besar.. tp ser4m la duk rumah besar2 hhaha.. tp klo ramai keluarga semua duduk ok la.. tak sunyi sgt..hahhaha
” Alaaaa nak video penuh.. beruntung mereka.. Aduhh datuk saya nak claim choki choki tak dapat lagi ni.. opposite dengan flora damansara tu ke ? Wow.. Tau dah rumah nya.. “
” Dato kerja kosong rumah tolong kasi satu pls. Pandai masak, gunting rambut, gadining, plumbing, electik, maintenance. Kasian sakarang dua hari satu kali makan nasi kicap nugget ayam.. “
” Bestnya.. Pergh, Dato’ Yusof Haslam ni mcm level brother2 je.. tak mcm level ayah2 beb. Pandai dia jaga ketrampilan.. “
” Tahniah dato ini berkat berjimat untuk bekalan masa tua.. hrp ramai lgi artis yg membuat persiapan dimasa hadapan.. “
Rumah banglo Datuk Yusof ini merupakan hasil titik peluhnya bekerja dalam industri seni sejak daripada muda lagi. Pastinya Datuk Yusof berbangga dengan kejayaan yang diperolehinya sehingga kini sehingga berjaya menyediakan sebuah rumah yang mewah dan cukup selesa.
Jom tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Skop IG, YouTube MK Media Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral6 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen