Artis / Selebriti
” Baju tu on point atas pentas, tak over. Unik betul.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Ernie Zakri Di Pentas Anugerah Juara Lagu 37 Cur1 Perhatian Warganet. Wah Comel Sungguh Baju Ernie Tu, Lain Dari Yang Lain Lah. Ada Simbolik Dan Cerita Tersendiri Kenapa Ernie Buat Baju Macam Ni !!
Anugerah Juara Lagu 37 tidak hanya menyaksikan persaingan seng1t untuk semua peserta final, namun juga dapat dilihat pelbagai fesyen pakaian yang cantik dan menarik. Setiap penyanyi ada gaya tersendiri yang digayakan untuk majlis berprestij ini.
Meninjau akaun Instagram Ernie Zakri dan TV3 Malaysia, telah dikongsikan video dan gambar sebelum dan semasa Ernie melakukan persembahan semalam. Ernie tampil cantik dan menawan dalam busana hasil rekaan Amaze.
Ini merupakan comeback Ernie ke pentas AJL setelah tahun lalu tidak kesampaian untuk membuat persembahan kerana bersalin. Kata Ernie di kapsyennya, busana ini dihasilkan seiring dengan bibit lagunya yang membuai perasaan.

Simbolik kehidupan dan mempunyai maksudnya tersendiri, busana Ernie dengan kelopak berbentuk bunga ini memang sesuai dengan lagunya. Persembahan Ernie dan vokalnya yang merdu juga dipuji ramai.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Video Ernie dibantu oleh teamnya untuk masuk ke belakang pentas. Boleh tahan berat juga busana Ernie ini.
Jom tonton video di bawah :
Video Syamel menenangkan Ernie sebelum Ernie melakukan persembahannya. Alahai sweet lah Bangmel.
Video persembahan Ernie yang mempesonakan penonton :
Memang nampak berbeza penampilan Ernie untuk AJL kali ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Tahniah erniezakri. Tak menang bukan bermakna tak bagus. You do the best today. Tak struggle pun untuk tarik high note. Smooth and clear. Insha Allah next year buat lagi yang terbaik.. “
” Ini baru VOCAL, bukan menjer1t dan terpek1k. high note yg so beautiful. cantiknyaaa baju, lain dari lain.. “
” Unik betul baju, loveeeee sgt kak ninie malamni. perform best. cantik some more.. she really did an awesome come back.. “
” Cantik n sedap g1la Ernie nyanyi. Baju pun letpppss sesuai dengan performance nyanyian tadi… Attitude pd pakaian n nyanyian berjalan seiring.. Goosebumps dengar.. “
” Nampak sedap pulak mcm kerepek bawang hehe. Power g1la suara.. x jer1t2 clean je.. baju tu on point atas pentas.. tak over.. “
” Lain dari pada yang lain unik lah penampilan. Comel je baju Ernie, vocal goosebumps.. “
” Alaaa comelnya, dlm ramai2 tu dia yg paling kecik cin0net. Cantik sangat Ernie, Terpegun dgn kelopak bunga2 tu dan juga suaranye.. “
Sekalipun tidak menang, Ernie tetap menang di hati peminat. Suara Ernie memang membuai perasaan dan ada auranya tersendiri. Semoga Ernie terus maju jaya dan teruskan menghiburkan peminat dengan bakat yang ada.

Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3 Malaysia, IG Ernie Zakri, IG Syamel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen

