Connect with us

Artis / Selebriti

” Baiknya Bilal, duduk je dekat abah dia. Bilal bawak bantal busuk dengar kuliah.. ” – Netizen

Video Anak Sulung Neelofa, Muhammad Bilal Mengikut Abahnya, Haris Ismail Ke Kuliah Di Masjid Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Abang Bilal, Baik Betul Duduk Diam Je Dia Kat Abah. Siap Bawak Bantal Busuk Lagi Ni, Hehe !!

Sebut sahaja nama Muhammad Bilal, pastinya warganet akan terbayangkan wajah comel anak sulung kepada usahawan dan pengacara, Neelofa dan Haris Ismail. Bilal sudahpun setahun lebih usianya dan bakal menginjak ke usia 2 tahun beberapa bulan sahaja lagi.

Neelofa dan Haris sememangnya menerapkan dan mendidik Bilal dengan ajaran agama sejak masih bayi lagi. Salah satu contohnya adalah meletakkan Bilal di tepi setiap kali waktu solat agar Bilal terbiasa dengan rutin sembahyang. Bilal juga sering menemani Haris ketika Haris membuat live bercerita tentang persoalan agama.

Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bilal mengikut abahnya itu ke satu majlis agama. Dapat dilihat ruangan masjid dipenuhi dengan ramai jemaah dan masing-masing sedang asyik mendengar kuliah yang disampaikan.

Bilal pula asyik terbaring di saf yang sedikit ke belakang sambil minum susu botolnya. Sambil mendengar kuliah, Haris turut bercakap dengan Bilal. Alahai abang Bilal, bantal bus0k tak tinggal ni. Susu dan batal bus0k setia menemani ke mana sahaja, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 100 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Masya Allah Muhammad Bilal.. Bilal bawak bantal busuk dengar ceramah gais. comel betul hehe.. ”

” Putih melepak Bilal ni.. Bantal busuk tu syok la kena pel0k dengan Bilal hehe. Anak soleh lah Bilal ni.. ”

” Baiknya dia duduk je dekat abah dia, tak lari ke sana ke sini pun. kecil lagi dah rajin ikut majlis ilmu, anak soleh abah ummi ni.. ”ย 

Pada umur sebegini Haris cuba membiasakan Bilal dengan majlis ilmu, satu asuhan yang baik dan boleh diikuti oleh semua. Anak kecil dididik agar cintakan majlis ilmu dan suka ke masjid, apabila besar nanti akan menjadi rutin dan amalan kebiasaannya.

Bilal pun memberi kerjasama yang bagus. Tidak membuas dan berlari ke sana ke sini, abah pun boleh mendengar kuliah dengan tenang. Semoga Muhammad Bilal menjadi anak yang soleh selalu, anak yang baik budi pekertinya serta disenangi oleh semua orang di sekelilingnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, IG Lofa fans

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright ยฉ Berita Kopak

##FREAKOUT