Artis / Selebriti
” Baik budi pekerti budak comel ni.. ” – Netizen
Datin Seri Umie Aida Kongsi Video Terbaru Anaknya, Aisya Humaira Sedang Memberikan Jajan Kepada Kanak-Kanak Lain Raih Perhatian Warganet. Alahai Comel Betul Aisya, Dah Besar Dah Dia !!
Umum mengetahui yang pelakon, Datin Seri Umie Aida mempunyai seorang anak angkat perempuan yang dijaga sejak kecil lagi. Memilih nama sebagai Aisya Humaira, kini usia Aisya telah pun 4 tahun.
Datin Seri Umie turut berkongsi perkembangan Aisya di akaun Instagramnya. Semakin membesar, wajah Aisya saling tidak tumpah seperti wajah Datin Seri Umie. Terbaru, Datin Seri Umie ada memuatnaik satu video tentang Aisya.
Dalam video itu, Aisya comel berpakaian jubah hitam dan berselendang dalam sebuah majlis. Kelihatan Aisya sedang memegang sebungkus besar jajan serta berjalan mengagihkan jajan tersebut kepada kanak-kanak lain yang ada di situ.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian wargnet. Ada yang memuji sikap Aisya yang baik hati memberikan jajan kepada kanak-kanak lain. Sehingga kini perkongsian oleh Datin Seri Umie telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain memuji sikap Aisya, ramai yang mendoakan semoga Aisya membesar menjadi anak yang solehah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah dpt jg bjumpa dgn Aisya, comei sgt semoga mnjadi anak yg solehah dan sentiasa dilindungiNYA.. “
” Baik budi pekerti budak comel ni.. Sekejap dah besar, muka pun sebiji ikut mummy dia. Semoga Aisya jafi anak yang solehah, amin.. “
” Masyaallah Subhanallah Àllhamdulillah.. Bagus betul lah, moga Aisya mnjdi anak Solehah dunia akhirat ya sayang.. “
” Dah besar anak solehah Umi, manis betul tengok wajah Aisya ni.. Comell sgt, bape kali da jumpa dia kat tawfiq.. “
Bagus didikan Datin Seri Umie mengajar Aisya untuk sentiasa bersedekah. Semoga Aisya terus membesar dengan baik, menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati Datin Seri Umie Aida dan suami.

Untuk sekadar info, selain Aisya, sebelum ini Datin Seri Umie sudah memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy yang berada di bawah jagaannya semenjak kedua-duanya masih kecil. Datin Seri Umie kini juga sudah pun memiliki seorang menantu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG umieaida9
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

