Artis / Selebriti
” Bagus Fasha ni, dengan keluarga mertua dia hormat pakai tudung juga.. ” – Netizen

Sambut Hari Lahir Kakak Ipar, Penampilan Fasha Sandha Yang Manis Bertudung Raih Perhatian Ramai. Alahai Cantiknya Fasha. Ramai Puji Sikap Rendah Diri Fasha Dengan Keluarga Mertua !!
Mempunyai keluarga mertua yang baik merupakan satu bonus dalam kehidupan berumahtangga. Meninjau ke akaun Instagram Fasha Sandha, perkongsian terbaru Fasha meraikan hari lahir kakak iparnya telah meraih perhatian ramai.
Menurut Fasha, dia hanya mempunyai seorang sahaja kakak ipar dalam keluarga di sebelah suaminya iaitu Aidil Aziz. Jadi di kesempatan yang ada Fasha telah mengambil peluang untuk meraikan hari lahir kakak iparnya itu.
Turut serta ibu mertua Fasha serta ahli keluarga yang lain. Apa yang mencur1 perhatian ramai ialah penampilan Fasha yang manis bertudung. Ramai memuji sikap Fasha yang menghormati keluarga mertua kerana kesemua ahli keluarga perempuan di sebelah mertuanya itu bertudung.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Seronok melihat kemesraan Fasha bersama keluarga mertuanya dan sambutan hari lahir yang nampak meriah.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Antara momen-momen Fasha ketika majlis :
Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Fasha yang nampak cantik dan manis. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Alhamdulillah.. dapat mertua dan ipar yg baik satu rezeki terbesar patut disyukuri.. bukan semua bertuah dapat nikmat mcm ni.. “
” Bagusnya fasha ni. Bila mkan sama2 ngn keluarga mertua dia hormat pakai tudung juga. Semoga terus istiqomah.. “
” Alhamdulillah.. u know who u are cantik bertudung.. in syaa Allah, one day u mesti istiqomah Allah maha menentukan dan memberi hidayah pd hambaNya.. “
” Fasha mmg pandai menyantuni, mmg down to earth juge. Punyai menantu spt Fasha juga rezki buat keluarga Aidil.. “
” Smoga terus kekal hingga jannah both of u F dan A. Amin. Tapi kenapa kite pulak sedih yek .. happy birthday kepada kakak ipar u.. “
” Artis kesayangan tak prnh sombong dr dulu sampai skrg… cantik fasha bertudung.. Kenapa kita pulak yg touching tgk ni.. “
” Pasaipa fasha pkai tudung cmni cntik je.. ce aku yg pkai.. hahah dh mcm acik rohinga jual syur kt tepi pasar selyang.. “
Beruntung sangat Fasha kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat baik. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada kakak ipar Fasha. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia bersama keluarga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Saya rindukan Walid, Umi dan adik-adik tapi mereka semua dah tiada.. ” – Putri Qisya
-
Viral2 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen