Connect with us

Artis / Selebriti

” Apa je yang ko tak leh buat, cer bagitau Alif.. ” – Netizen

Video Alif Satar Bermain Piano Raih Pujian Warganet. Wow Cornfield Chase Soundtrack Daripada Filem Interstellar Lah Alif Main, Power !!

Siapa tidak mengenali penyayi Alif Satar ini. Alif bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, malah Alif juga berbakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Boleh dikatakan Alif  antara selebriti yang berkat besar.

Baru-baru ini tular video yang memaparkan Alif pandai berbahasa isyarat dengan seorang lelaki. Laju jari Alif menunjukkan isyarat tangan seolah sudah biasa sangat menggunakan cara komunikasi itu dan video tersebut telah mendapat pujian ramai.

Terbaru, Alif telah memuatnaik satu video di akaun Instagramnya sedang bermain piano. Tulis Alif di ruangan kapsyen tone lagu yang dimainkan ini adalah karya daripada Hans Zimmer salah satu filem kegemarannya iaitu Interstellar .

Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang mempersoalkan apa saja Alif tidak boleh buat. Sehingga kini, video Alif bermain piano telah menerima lebih 26 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-ratanya meluahkan rasa kagum melihat bakat Alif bermain piano. Antara komen-komen menarik adalah :

” Apa je yang ko takleh buat cer bagitau Alif.. Truly an amazing entertainer. Semua serba boleh betul lah mamat ni.. “

” Woww Cornfield Chase.. Anak hari2 pasang lagu ni tau.. Calming effect katanya.. Terbaik lah Alif main.. “

” Same… Ger4m tgk org main interstellar.. Tp akn cri yg easiest one sbb tak reti nk main yg original bcoz its too hard for me.. Hahahaha.. “

” Seorang yg sgt2 berbakat, bukan berbakat sahaja tapi luar biasa orang yang bernama Alif ni, hebat lah.. “

” Kagum arr dengar, belajar terus main ye. Macam mana lah nak jadi hebat seperti Alif, fuhhh terfikir sejenak.. “

” Perghhhh.. Serba boleh Alif ni.. Akk suka sgt Aliff nyanyi, berlakon, mngacara, yg paling best and respect u boleh berbahasa isyarat.. Good job bro.. “

” Klu sy ada peluang teringin sngt nk tanya ibu ayh Alif mcm mn cr didikkan Alif dr kck blh jd hebat serba serbi blh.. “

Banyaknya bakat Alif, serba serbi Alif boleh buat, patutlah ramai yang kagum dengan Alif. Apa-apa pun semoga Alif terus berjaya dalam bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG alifsatar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT