Artis / Selebriti
” Anak dara Faizal macam muka Normala Samsudin zaman muda. Cantik sangat.. ” – Komen Netizen
Penampilan terkini anak perempuan Faizal Hussein, Fazryn ketika menyambut hari lahir adiknya, Fazrick raih pujian ramai. Makin cantik lah Fazryn ni. Fazrick pun makin handsome, kalah ayahnya masa muda, hehe..
Faizal Hussein dikenali sebagai seorang pelakon berdedikasi dan berbakat. Sekadar info, perkahwinan Faizal bersama Suhaila Sulaiman dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata iaitu Fazryn dan Fazrick. Kedua-duanya anak Faizal ini sudah meningkat remaja.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Faizal Hussein dan Suhaila Sulaiman, telah dikongsikan beberapa keping gambar mereka sekeluarga. Faizal menyambut ulangtahun kelahiran Fazrick dan membawa keluarga kecilnya ini makan di sebuah restoran.
Melihat wajah kacak Fazrick dan wajah ayu Fazryn, ramai di kalangan warganet memuji raut wajah anak-anak Faizal dan Suhaila ini. Fazrick semakin tampan, manakala Fazryn pula semakin terserlah kejelitaannya itu. Ada yang mengatakan, wajah Fazryn saling tak tumpah seperti wajah neneknya, Mahyon Ismail ketika muda.

Ada juga yang melihat wajah Fazryn seakan-akan bekas pembaca berita TV3, Puan Sri Datin Seri Normala Samsudin. Warganet juga memuji kecantikan Suhaila yang tidak begitu dimamah usia itu. Anak-anak sudah remaja, ibu dan ayahnya masih tetap kelihatan muda.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” MasyaAllah beautiful family.. Happiest 18th birthday Erick. how time flies, dah 18 yo dah.. makin handsome ni.. “
” Cantiknya anak girl tu. lawa betul ikut mak ye.. Kak suhaila knp lah cantik sgt ni dr muda hingga ke skrg… Sukanyaa kak.. Lama dh x tgk kak berlakon.. Watak kalau x silap sllu tegas.. Hihiii.. “
” Wife faizal so pretty awet muda.. mak cantik, ayah handsome. mai ke ank2 subhanallah.. indahnya ciptaanNYA.. “
” Happy Birthday Eric yg handsome.. Anak perempuan faizal ni, sebiji macam muka nenek dia masa muda, cantik sangat.. “
” Cantek dan segak anak2, seperti Faizal dan Suhaila. anak perempuan muka ayah yg lelaki ikot mak cantim belaka.. “
” Anak dara Faizal macam muka Normala Samsudin zaman muda.. cantik sangat sangat.. anak teruna pun bukan main handsome, kalah ayahnya masa muda.. “
” Cantik betul anak dara Roy.. dah macam anak patung, kenapa cantik sangat ni.. tak puas tengok.. Erick pun bertambah-tambah handsome.. nampak makin macho.. “
Rata-rata warganet memuji kecantikan wajah Fazryn dan ketampanan Fazrick itu. Apa-apa pun, selamat ulangtahun kelahiran untuk Fazrick daripada kami di Berita Kopak. Semoga segala impian dan cita-cita Fazrick dimakbulkan oleh Allah dan terus menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Faizal Hussein, IG Suhaila Sulaiman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti7 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen

