Artis / Selebriti
” Padu suara Camelia, lunak dan merdunya masih sama. Sweet je Camelia dengan suami.. ” – Komen Netizen
Video Datin Seri Dayang Camelia menyanyi bersama suaminya ketika jamuan rumah terbuka raya staff BRDB 2026 curi perhatian warganet. Alahai maintain merdu suara Camelia, tuannya pun cantik dan tak begitu dimamah usia..
Pelantun lagu Rindu Padanya, Datin Seri Dayang Nur Camelia antara penyanyi wanita yang popular pada era 90an dahulu. DS Camelia memiliki suara yang merdu dan wajah yang cantik. Setelah berkahwin bersama seorang pemaju tempatan bernama Datuk Seri Akhbar Khan, Camelia terus menyepi daripada industri hiburan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Acacia Scent HQ, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan penampilan DS Camelia di Jamuan rumah terbuka raya staff BRDB 2026. Untuk info, DS Akhbar Khan adalah pemilik Bangsar Shopping Centre di bawah syarikat gergasi, BRDB.
Menerusi video ini, Camelia menghiburkan semua staff dengan menyampaikan lagu dendangan asal Ramli Sarip dan Khadijah Ibrahim berjudul Doa Buat Kekasih. Ramai yang terpegun dengan kelunakan suara DS Camelia itu. Tidak berubah suara DS Camelia sejak dahulu sehingga kini.

Raut wajah DS Camelia juga menjadi tumpuan warganet. Bak komen warganet, tak begitu dimamah usia dan awet muda. Moment manis DS Camelia berduet bersama DS Akhbar Khan itu dirakamkan oleh para pekerja. Gembira semua dapat melihat boss mereka bersama isteri tercinta menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
@aizatmuhaimin88 Such A Sweet Moment, Singing Together So Beautifully🤍🤍🤍
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Owh ni suaminya, Dato’ Akhbar Khan.. Camelia tetap cantik seperti dulu dan tak dimakan usia.. tak jemu melihat wajahnya.. “
” Dia pakai apa pon nampak cantik. Even da tua pon still cantik. Nampak sweet je camelia dengan suami.. suara camelia pun padu macam dulu lagi.. “
” Lawanyaaaa mcm dulu je…xmakan usia betolll.. dia nampak ada aura Queen mcm tu.. shes beautiful and humble suka tengok personality dia.. “
” Wah stamina ok lg, suara mrdu sama macam dulu.. rinduuu tengok Camila menyanyi.. camelia mmg classic.. “
” Awwwww I’m melting, sweeeeeetnyaa.. camelia forever gorgeous.. So beautiful camellia and husband.. suara masih power camelia.. “
” Padu suara Camelia, merdu lunaknya masih sama. Sweet je camelia dengan suami. kecantikan yang tak pernah pudar lah camelia ni. sopan je pakaian.. “
” Terubat rindu nak dengar camelia menyanyi. sedapnya suara camelia.. rndu zaman dulu-dulu. tak menua langsung camelia ni.. “
Terubat kerinduan peminat untuk mendengar suara gemersik DS Camelia itu setelah menonton video ini. Sekali pun sudah lama tidak aktif dalam dunia seni, vokal DS Camelia tetap masih hebat. Semoga DS Camelia terus bahagia bersama suami dan keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aizatmuhaimin88
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, banyaknya soalan normal ke czer ni. Kenapa ? ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden

