Connect with us

Artis / Selebriti

” Amir lawak lah dia minggu ni. Reaksi muka tu coach pun tak tahan, haha.. ” – Netizen

Video Respon Adik Amir Ketika Dato’ Awie Memanggilnya ‘Sayang’ Buat Penonton Berdekah Gelak. Lawak Lah Reaksi Amir, Masa Kak Lina Pom Pom Panggil ‘Sayang’ Boleh Lah Pulak Yer. Tang Dato’ Awie, Dia Geli Pulak, Haha !!

Rancang realiti hiburan The Chosen One kini memasuki minggu ke 3. Dengan tema Terbang Jauh, 7 orang peserta bersaing untuk menempah tempat ke minggu seterusnya. Pastinya yang menjadi tumpuan dan dinanti-nantikan adalah persembahan adik Amir.

Minggu ini, Elly Mazlein atau mesra dengan gelaran Kak Lina Kepom menjadi juri jemputan. Semakin riuh kerusi juri dengan kehadiran Kak Lina ini. Meninjau akaun Instagram Astro Cerita, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Amir.

Lagu Cinta Sampai Mat1 menjadi taruhan Amir dan Putera Muhammad untuk cabaran minggu ini. Seperti biasa, nyanyian Amir sampai ke hati penonton. Alunan suara Amir yang merdu mendapat pujian daripada Kak Lina. Dengan penuh lemah lembut, Kak Lina turut memberikan pesanan buat Amir dan memanggil Amir ‘ sayang ‘.

Buat kali pertama, Amir mengucapkan terima kasih kepada komen juri. Dato’ Awie ketawa besar melihat gelagat Amir minggu ini. Kata Kak Lina kerana perkataan ‘sayang’ itu lah Amir berterima kasih dan meminta Dato’ Awie turut memanggil Amir ‘sayang’. Reaksi Amir membuatkan Putera Muhammad turut ketawa.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ):

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan buat pembaca :

” Sus4h betul nak dengar suara amir bercakap ek. sekali nyanyi ambik kau. hahaha.. Comel lah Amir, semoga Amir berjaya dapat juara.. ”

” Mencuit hati adik Amir ni.. feeling dia nyanyi lagu ini.. Sepenuh jiwa, gituuu.. Best tengok Amir nyanyi, rileks je.. ”

” Amir Amir, lawak lah dia minggu ni. Kelakar sikit dah mula nampak. Boleh pun bercakap, gara-gara ‘ sayang’ kak lina kepom hehe.. ”

” Semoga adik Amir berjaya mendapat tempat pertama.. Memang nak tengok Amir je.. ni pun dah banj1r airmata tengok Amir nyanyi.. ”

” 4 bulan tertunggak ,bulan ni terpaksa bayar astro… sebb nk tengok amir. Amir kelakar lah reaksi muka tu.. buat semua orang ketawa berdekah ye minggu ni.. ”

” Aura Amir ni sampai kita pun terjebak tau. Comel je dato’ awie panggil Amir ‘ sayang ‘ tu. Gel1 ye Amir haha.. coach pun tak tahan ketawa haha.. ”

” Hari rabu jam 9 ja msti dh tgu dpn tv astro ceria.. gara gara Amir. Minggu ni Amir buat orang menang1s dan ketawa lah.. alahai Amir, makin yakin dah dia atas pentas dan berkomunikasi.. ” 

Nampaknya confident level Amir semakin bertambah minggu demi minggu. Amir bukan sahaja menghiburkan dengan nyanyian tapi minggu ini dengan jenaka spontannya itu. Semoga Amir akan memperoleh kejayaan dan berusaha sedaya upaya untuk pertandingan ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Ceria, Tiktok Astro Ceria

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT