Artis / Selebriti
” Amaze sangat dengan catatan Hajjah Lisa.. ” – Dr. Amirul Hassan
Dr. Amirul Hassan kongsi nota haji Datin Hajjah Lisa Surihani curi perhatian ramai. Cantiknya tulisan Lisa, persediaan rohani yang mengagumkan..
Datin Lisa Surihani kini sedang mengerjakan haji di tanah suci telah meraih perhatian ramai apabila melihat catatan nota hajinya yang begitu kemas, teratur dan penuh dengan pengisian rohani. Video ini telah dikongsikan di akaun Tiktok Dr. Amirul Hassan.
Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, ramai netizen meluahkan rasa kagum melihat usaha bersungguh-sungguh Lisa dalam membuat persediaan sebelum menunaikan ibadah haji. Buku catatan yang ditulis tangan itu bukan sahaja dihiasi dengan tulisan yang cantik, malah sarat dengan doa-doa, amalan serta panduan yang dikumpulkan sebagai bekalan spiritual sepanjang berada di Tanah Suci.
Ramai mengakui mereka kagum melihat kesungguhan Hajah Lisa Surihani dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi hari-hari menunai haji. Malah, ada yang mendedahkan bahawa pelakon tersebut sangat peka dengan doa-doa yang sering dikongsikan dan mampu menghafalnya dengan baik.

Dalam masa yang sama, Lisa turut meminta orang ramai mendoakan agar dirinya terus istiqamah dalam beragama. Sikap rendah diri itu membuatkan ramai lebih menghormati dan mengagumi dirinya. Ada yang berpendapat latar belakang Lisa sebagai graduan undang-undang turut memainkan peranan dalam cara beliau menyusun nota yang begitu sistematik.
Jom lihat perkongsian di bawah :
@dramirulhassan Amaze sangat dengan catatan Hajjah #lisasurihani sebagai persediaan rohani beliau sendiri menghadapi hari-hari haji. Banyak doa-doa yang saya share dia sendiri aware dan hafal masyaallah. Beliau meminta doa kita agar terus istiqamah dalam beragama. #Haji2026 #Mekah #saudiarabia🇸🇦 #inspiration
Perkongsian itu turut memberi inspirasi kepada ramai orang untuk mula membuat persediaan rohani mereka sendiri. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen adalah :
” Dah dia lawyer mcm mantappp laaaa nota pun. Datin jadikanlah buku utk jual..boleh jd rujukan. Perhh dia punya doa2 semua bi.. “
” Well.. she graduated law kan.. law students confirm bnyk membaca bnyk notes bnyk menghafal. semoga menjadi inspirasi utk kita jika diberi rezeki dijemput panggilan Haji insyaAllah.. “
” Tulisan nape lawa beno.. saya makin berusia makin tulisan teruk.. Allah jmput dia haji sbb preparation dia yg bsguh2.. “
” Allah pilih dia sb Allah tahu dia benar2 bersedia.. Tulisan dia untuk tatapan anak dia MasyaAllah.. yusry suami paling beruntung.. “
“Saya pun akan buat preparation UTK bercakap dgn Allah…saya akan tulis beberapa buah buku MCM lisa…doa time mustajab doa,time solat malam, doa2 dari kawan2 …biar pertemuan dgn Allah itu terasa pertemuan yg special.. “
” Jadi kan iktibar. tak tau lah berapa lama dia mempersiapkan diri dia utk dia menunaikan haji. Rezeki dia dpt siapkan diri dgn ilmu dan doa doa utk org tersayang di sana. Senoga Allah kurniakan saya rezeki yg sama aamiin. “
” MasyaAllah..very well prepared. teringat saya dgn neelofa,sama je suka buat nota doa2 ni semua. kena start buat benda ayg sama ni.. “
Apa yang pasti, nota haji Lisa Surihani bukan sekadar buku catatan biasa. Ia menjadi simbol kesungguhan seorang hamba dalam membuat persediaan rohani sebelum menyahut panggilan suci ke Baitullah. Semoga inspirasi yang ditunjukkan oleh Lisa Surihani ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai umat Islam untuk memperbanyakkan ilmu, memperkemaskan persediaan ibadah dan sentiasa memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Dr Amirul Hassan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebak tengok Ayden peluk YB. Touching bila YB peluk dan usap macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Know that we are always here watching you both from afar sayang.. ” – Siti Hafiza
-
Artis / Selebriti5 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ara terkejut, terkesima dia. Daddynya penat pun ada juga masa luangkan untuk anak-anak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mahu fokus bina rumahtangga dahulu.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Di depan orang yang kita sayang, memang kita jadi superhero. Di depan orang yang kita tak sayang.. ” – Raf Yaakob

