Artis / Selebriti
” Alolo cute betul kartun tu, perasaan dia macam dapat first baby kan Dato’ , hehe.. ” – Komen Netizen
Dato’ Fizz Fairuz Kongsi Berita Gembira Isterinya, Datin Almy Nadia Telah Selamat Melahirkan Anak Ke 5. Komen Achey Raih Perhatian Ramai. Macam Bagi Hint Je, Hehe !!
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Dato’ Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin sebentar tadi, telah dikongsikan satu khabar gembira yang isterinya, Datin Almy Nadia telah selamat melahirkan cahaya mata mereka yang ke 5 .
Menerusi kapsyen yang ditulis, Dato’ Fizz memanjat rasa syukur dan memberikan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan Datin Almy. Sebelum ini, menerusi hantaran di Instagram Story, Dato’ Fizz ada berkongsi beberapa foto memaparkan Datin Almy berada di sebuah pusat perubatan.
Namun begitu, Dato’ Fizz mahupun Datin Almy tidak berkongsi sepanjang kehamilan anak kelima ini kepada umum. Perkongsian berita gembira tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat dan rakan-rakan selebriti.

Bukan itu sahaja, komen daripada pelawak Achey Bocey juga menarik perhatian warganet kerana seperti memberikan bayangan seperti pasangan ini menimang cahaya mata lelaki. Sehingga kini, posting terbaru Dato’ Fizz itu telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian oleh Dato’ Fizz ini dan ramai yang memberikan ucapan tahniah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alolo cute betul kartun tu, perasaan dia macam dapat first baby kan Dato’ , hehe.. Tahniah Dato’ dan Datin.. “
” Alhamdulillah.. Tahniah Dato’ Fizz dan Datin Almy.. Selamat berpantang Datin.. Semoga ibu dan anak dalam keadaan sihat hendaknya.. “
” Wahhhhh diam2 tengok dah yang ke 5.. Alhamdulillah bertambah murah rezeki Fizz sekeluarga.. Tahniah2.. “
” MasyaAllah.. Syukur.. Alhamdulillah.. Tahniah Datin Almy.. Selamat berpantang dan buat Dato’ Fizz selamat berjaga malam.. “
” Finally.. Dh ckp mesti geng meerza.. Tahniah abang dan kak. .Semoga kak sentiasa sihat.. Tak sabar nak tengok muka baby.. Mesti comel.. “
” Syukur Alhamdulillah.. Tahniah diucapkan kepada Dato’ Fizz dan Datin Almy.. Wahh akhirnyaaaa dapat jugaa boyyy… “
” Yeayyyyyyy rasa dah dapat tahu dah ni baby apa.. Hehehe.. Tahniah Fizz dan wife.. Syukur.. Selamat berpanting Almy. “
Komen Achey

Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Fizz dan Datin Almy atas kelahiran cahaya mata baru mereka. Semoga Datin Almy serta bayi sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya. Untuk sekadar info, pasangan bahagia ini sudah dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra dan Nur Afrina Aisyah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fizzfairuzofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti6 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris

