Artis / Selebriti
” Aduhai rasa macam tengok budak kecik, comel je dua-dua ni.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Janna Nick Dan Dini Schatzman Mengikuti Kelas London Film Academy Buat Ramai Terhibur. Sweet Je Dini Dan Janna Ni. Comel Betul Gelagat Mereka Berdua. Perangai Sama-Sama Masuk Air, Haha !!
Pelakon dan pengarah, Janna Nick kini berada di London bersama suaminya, Dini Schatzmann. Pasangan ini mengikuti kelas di London Film Academy dan ianya turut disertai oleh ramai lagi selebriti dari negara lain. Pada awal video, kelihatan Janna dan Dini berlari-larian menuju ke kelas mereka.
Rupanya Janna dan Dini menyangka mereka terlewat untuk menghadiri kelas itu, walhal mereka tiba 30 minit awal dari jadual pembelajaran pada hari itu. Janna turut menulis di ruang kapsyen memaklumkan itu adalah minggu pertama dari keseluruhan tempoh kelas mereka.
Buat warganet yang mengikuti Janna dan Dini, semua sedia maklum pasangan ini manja dan lembut sahaja apabila bercakap. Janna seperti biasa selamba dan sempoi sahaja dan Dini juga semakin kelakar serta lebih memahami isterinya itu.

Macam-macam yang dipelajari oleh Janna dan Dini sepanjang kelas ini. Memetik komen warganet, beruntung Dini kerana hadir ke kelas ada isteri bersama. Janna juga turut memasak bekal makan tengahari mereka. Paling mencuit hati melihat keseronokan Janna dan Dini apabila kelas sudah tamat. Ceria betul sweet couple ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 22 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sweet gula-gula madu.. Bongok lah depa dua ni, dengan aku sama sengih tengok perangai masing-masing.. “
” Wow London Film Academy, have fun. Comel sangat tau awal dua orang ni.. Buat lah video sama-sama banyak-banyak ye, kita suka lah tgk awak berdua.. “
” Adoi dari awal sampai akhir sengih-sengih aku tengok. Bestnya jadi student dgn pasangan.. Syoknya ada si suami jadi classmate.. kambateh korg.. “
” Aduhai rasa macam tengok budak kecik, comel je dua-dua ni. Ahahha npe aku senyum kambing tgok budak 2 org ni cute sgt lah. Good luck for your vision n mission.. “
” Akulah kannn, geram dedua ni haha.. Kita pulak senyum-senyum, comel la dedua ni.. sepadan sangat dan saling melengkapi.. “
” Couple yang sangat positive. i’ve learned a lot dengan 2 orang ni and because of them i moved on and cari hidup baru. Love u guys.. “
” Hahaha mmg nii jdik kenangan terindah buat both of u one day.. Comel dua-dua macam kanak-kanak ribena.. “
Tumpang seronok warganet melihat gelagat Janna dan Dini. Terbukti mereka sememangnya pasangan serasi dan ditakdirkan untuk bersama. Romantis dan sweet mereka bukan dibuat-buat kerana di alam realitinya, kedua-duanya tersangatlah manja dan gila-gila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Janna Nick
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain kaki tu jengket-jengket. Geram betul tengok Akira comel.. ” – Komen Netizen

