Artis / Selebriti
” AllahuAkbar meremang dengar. Makhraj dia tu mantap.. ” – Netizen
Perkongsian Video Ernie Zakri Taranum Di Sebuah Rancangan TV Buat Warganet Kagum. Masya Allah, Lunak Merdu Sungguh Suara Ernie Mengaji. Alunan Yang Tenang Dan Menyentuh Hati !!
Ernie Zakri antara penyanyi wanita yang memiliki suara dan vokal yang padu. Selain kepandaian dalam menyanyi, Ernie juga boleh mengaji Al-quran dengan baik dan lebih menarik lagi, dengan makhraj dan tajwid yang betul. Itu lah kehebatan wanita bergelar Ernie Zakri.
Meninjau akaun Tiktok Eznators, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Ernie bertaranum untuk sebuah program islamik. Untuk makluman semua, program ini telah pun bersiaran di saluran TV Al-Hijrah pada tahun lalu. Sebelum ini sudah ramai selebriti lain menjadi jemputan dan kali ini giliran Ernie pula.
Untuk episod tersebut, Ernie membacakan surah Al-Asr dan Al-Kafirun. Semua panel dan pengacara program itu teruja mendengar taranum Ernie yang penuh berlagu dan merdu itu. Masya Allah, ini baru definisi penyanyi serba boleh, tidak hanya boleh menyanyi tetapi mengaji juga hebat.

Tidak kurang juga di kalangan warganet yang tersentuh hati dan menitis air mata setelah mendengar alunan suara Ernie ini. Sejuk dan tenang hati, suara yang gemersik dan goosebump dibuatnya. Ada juga yang mengatakan Ernie boleh menjadi qariah dengan keunikan suaranya itu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@eznators Replying to @nurr.aziz masya allah tenang je dengar🤍. Ernie Zakri | Mengaji Surah Al-Asr & Al-Kafirun Cr : @Ernie Grande❤️🔐 #erniezakri #ernienators #tarannum #mengaji
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini dan rata-ratanya kagum mendengar kelunakan suara Ernie itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ni bru betol. hebat dunia dan akhirat. Menyanyi boleh, baca quran pon boleh.. Queen memang seba boleh.. ”
” Cantik, comel, nyanyi sedap, ngaji pon sedap full package.. merdu wei.. nk jgk suara cmni.. taranum ernie tu sampai ke hati, tak sedar airmata mengalir.. ”
” Mengalir airmata.. Allahuakbar.. Kak Ernie mmg mntp, penyanyi kalau digilap boleh jdi qoriah oo.. ”
” Memang sedap tajwid, pun mantap. taranum jangan kata lah, menusuk rasanya ke hati. lunak merdu yang menyentuh hati.. ”
” Merdunye ya Allah…. meremang dengar.. dah la cantik, suara pon sedap. Headline macamni yang kita nak, highlight good side of the celebrity kudos.. ”
” Makhraj dia nice nya.. sedap suara Ernie, tenang rasa mendengarnya. sedap Sura ernie KLU digilap boleh jadi pemenang kariah kebangsaan.insyAllah.. ”
” Dahlah sedap tapi kalau menjiwai mcm lagi sedap tapi memang sedapp.. Allahhhh.. meremang rasa dengar suara Ernie ni.. ”
” Bismillahirrahmanirrahim je aku dah meremang.. dah cakap kalau artis ni mengaji suara semua nya sedap rock lembut.. perfect lah Ernie.. ”
Kurniaan Allah ada suara yang merdu sebegini. Tidak hanya menyanyi, mengaji pun sedap didengar dan menyentuh hati. Semoga tahun ini akan ada lagi jemputan untuk Ernie ke program sebegini dan menjadi inspirasi untuk ramai orang berminat untuk mengaji Al-Quran.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Eznators
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry



