Artis / Selebriti
” AllahuAkbar definisi redha dan berdamai. Tak mampu kita yang normal ni.. ” – Komen Netizen

Video Azmi Saat Caliph Buskers Kongsi Pengalaman Perasaannya Apabila Kehilangan Deria Penglihatan Sepenuhnya Ketika Berusia 13 Tahun Menyentuh Hati Ramai. Oo Rupanya Azmi Bukan Hilang Penglihatan Sejak Lahir. Kita Yang Dengar Ni Sebak, Tapi Azmi Sangat Positif !!
Azmi Caliph Buskers bukan nama asing dalam industri hiburan tanah air. Vokalis Caliph Buskers ini memiliki suara yang lunak merdu dan boleh menyanyi lagu bernada tinggi dengan baik. Walaupun Azmi ada kekurangan kerana tidak mampu melihat, Azmi tetap kelihatan ceria selalu.
Meninjau akaun Tiktok Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Azmi dalam podcast bersama Dina dan Falyq. Banyak yang dibualkan dan salah satunya mengenai deria penglihatan Azmi. Tegas Azmi, dia tidak pernah terfikir untuk melihat.
Redha dengan ujian yang Allah berikan kepadanya ini, rupanya Azmi bukan buta sejak lahir. Cerita Azmi, dia boleh melihat tetapi pandangannya kabur sehingga lah dia hilang penglihatan sepenuhnya ketika berusia 13 tahun. Dina bertanyakan perasaan Azmi ketika sedar dirinya sudah tidak mampu melihat lagi membuatkan warganet kagum.
Bukan selalu dapat bertemu insan yang positif pemikirannya dalam keadaan diri ada kekurangan. Bagi diri Azmi, hidup ini perlu dinikmati walau dengan apa keadaan sekali pun. Pada mata orang, sedih melihat kekurangan yang ada pada Azmi tetapi Azmi sendiri merasa happy dan enjoy dengan kehidupannya itu.
Jom tonton video di bawah :
@sinar_my Hilang keseluruhan penglihatan sedikit demi sedikit ketika kanak-kanak, Azmi Saat tak pernah terfikir untuk dapat melihat semula. Menurutnya, dia bersyukur dan gembira sahaja dengan kehidupannya 🥺❤️ #BorakSelebriti #SINARKongsi #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #xyzbca #azmisaat
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ini dinamakan redha dan terima ketentuan Allah.. positifnya fikiran Azmi.. kita pula terasa tak reti bersyukur dengan apa Allah dah bagi.. ”
” Bestnya dia ni positive selalu. Hebat lah Azmi.. saya doakan Azmi dipermudahkan segala urusan.. ”
” Dia redho dn dia tahu bersyukur dgn nikmat Allah beri… hidup ni kalau kita tak bandingkan dengan hidup orang lain, kita akan happy and enjoy.. ”
” Maknanya azmi ni, besarnya rasa syukur dia pada Allah.. dalam erti kata lain bersyukur.. itu lah satu kekuatannya.. ”
” Satu pengajaran untuk semua, selalu bersyukur.. AllahuAkbar definisi redha dan berdamai.. salute pada Azmi.. tak mampu kita yang normal ni.. ”
” Hebat betul kite je rse sedih tgk dia hakikatnye dia mmg happy je dr kecil dan selalu bersyukur .. tapi kita.. hmmm.. ”
” Berbezanya aku dengan dia. tidak bersyukur dan tidak redha nya aku menjalani hidup. Sangat memberi inspirasi.. ”
” Meremang bulu roma.. dalam kekurangan pun boleh happy je, awak yang takda mata ni membuka mata saya.. ”
Azmi membuka mata semua tentang perlunya kita sebagai insan biasa selalu merasa syukur dengan apa yang ada. Hidup itu singkat sahaja masanya dan lalui sahaja apa yang telah terhidang. Terima kasih Azmi kerana menyedarkan dan memberi inspirasi kepada semua.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sinar, IG Azmi Saat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral6 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen