Artis / Selebriti
” Aduh boleh nangis ni, terbaik geng Era. Paling salute keeper.. ” – Netizen

Video Gelagat Azmi Caliphbuskers Bermain Bola Sepak Bersama Team Nabil Buat Ramai Tersentuh. Semangat Betul Azmi Nak Main Bola. Part Sepakan Penalti Tu Cantik Betul Tendangan Azmi. Keeper Pun Pandai Main Peranan, Touching Tengok !!
Pagi tadi telah berlangsungnya perlawanan bola sepak antara Geng Kaki Bangku Era melibatkan pasukan Nabil dan Haniff. Setiap pasukan disertai oleh ramai selebriti lain antaranya Azmi Caliph Buskers, Eric Floor 88, Sir Uzai, Ryan Bakery dan ramai lagi.
Meninjau akaun Instagram Era, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika perlawanan ini berlangsung. Antara yang mendapat perhatian adalah Azmi. Dapat dilihat, Nabil memimpin Azmi ketika memasuki padang.
Sempat juga Azmi berseloroh memberitahu dia menjanjikan 3 gol untuk team Nabil. Nabil suka menyakat, Azmi pula melayan. Semangat betul Azmi, begitu yakin team Nabil akan menang. Bukan selalu dapat melihat orang istimewa seperti Azmi bermain bola sepak.
Turut sama dipaparkan suasana ketika Azmi membuat sepakan penalti. Elok sahaja bola Azmi sampai ke depan gawang gol dan hampir dengan garisan. Keeper team lawan pula sporting, dikuis sedikit sahaja bola masuk gol, lalu semua menjerit gol. Semua saling membantu dan menyantuni Azmi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih banyak tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hahahaa lawak si Azmi ni.. dia layan je lah gila-gila Nabil hhehe.. Azmi jangan risau, bola itu bulat. Sepak je.. ”
” Memang team nabil ada kelebihan.. Steady semangat tu yang penting.. You can do it azmi.. bila tengok korang saling support azmi, tak sedar termenangis.. ”
” Semangat lain macam azmi.. boleh menang nih hehe. Terharu tengok semangat Azmi.. Sebak tengok semangat setia kawan, semangat kesukanan dan cara menggembirakan orang lain. Keeper anda buatkan saya menangis, touching.. ”
” Paling respect keeper.. Tolong bagi dia Men Of The Match award. Baek la keeper.. semua lah terbaik, bagi kegembiraan pada orang lain juga hebat tau.. ”
” Pandai keeper jagahati pemain.. Terbaik keeper dia, salute lah.. keeper the best.. Sebak tengok friendship diaorang.. ”
” Sumpah nak menitis air mata. Respect keeper tu. Terbaik lah.. Tahniah Azmi Saat padu cari corner.. Bukan calang-calang mat.. Semua happy, aku yang sebak tengok.. ”
” Good job ini contoh gol keeper yang datang rehearsal.. best tengok azmi ceria macam tu, alhamdulillah.. ”
” Terharu bila tengok layanan diorang dekat Azmi. Aduh boleh nangis ni, terbaik geng Era.. paling salute keeper, terbaik lah.. ”
Dalam ketawa, menitik juga air mata warganet melihat cara semua menyantuni Azmi. Happy muka Azmi dapat bermain bersama-sama kawan-kawan. Untuk keeper, anda memang terbaik dan terima kasih kerana menjadi orang baik serta menggembirakan hati Azmi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen