Artis / Selebriti
” Fuh flight paling mewah ni. Tak berkelip mata tengok.. ” – Netizen

Perkongsian Video Rekaan Dalaman Kapal Terbang Sultan Brunei Yang Mengagumkan. Fuh Mewah Sungguh, Tak Sangka Macam Tu Dalam Kapal. Umpama Istana Atas Awan, Cantik Sangat !!
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muβizzaddin Waddaulah dikenali sebagai sultan terkaya di dunia. Kekayaannya menjadi sebutan ramai, tidak hanya istana dan kereta mewah malah kapal terbang milik Baginda juga.
Meninjau akaun Tiktok Jier01, telah dikongsikan bahagian dalaman kapal terbang milik Sultan Brunei. Elegent, mewah, ekslusif dan menawan, itu yang dapat diungkapkan untuk rekaan dalaman kapal ini. Serba lengkap seumpama istana.
Dapat dilihat, dalam kapal ini terdapat berbagai-bagai sudut berbeza antaranya bilik tidur, ruang makan dan ruang rehat. Dengan tema warna putih dan keemasan, setiap ruangan diatur dengan cukup rapi dan kemas. Tidak hanya bilik yang mewah, bilik air pun cukup gah.
Pastinya ramai yang tidak puas melihat bahagian dalaman kapal Sultan Brunei ini. Memetik komen warganet, kapal ini umpama istana bergerak di atas langit. Segalanya ada di dalamnya dan cukup selesa. Bukan istana sahaja yang gah, kapal terbang pun wow sangat.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )Β
@jier01 pesawat sultan brunei ibarat istana bergerak atas langit.begitu indah dan mewahπͺ.agaknya pesawat ni mgkn digunakan putera mateen utk honeymoon #sultanbruneiflight #pesawatsultanbrunei #princemateen #princemateenofbrunei #princemateenwedding #princemateenofbruneiwedding
Sehingga kini, lebih 17 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sultan brunei bukan saja kaya, tp juga beriman & dermawan, berjiwa rakyat, tiap bln puasa semua rakyat dpt free kurma, hospital & skolah juga free.. ”
” Dapat juga tgk pesawat Tuanku Sultan Brunei.. Sultan Brunel memang kaya. takpe lah kita dapat tengok pun dah rasa bahagia.. boleh lah berangan.. ”
” Airbus jenis apa ni ya. Besar sangat ni.. oo dream liner, patut lah besar gila. Hebatlah serba lengkap dalam flight ni.. ”
” Siap ada katil dalam kapal terbang.. kita rumah pun tak ada. Alhamdulillah dpt tengok trima kasih ya.. ”
” Masya Allah.. cantik dn mewahnya… semua serba keemasan ni.. sink tu emas ke.. fuhh flight paling mewah ni.. dapat tengok dh cukup bahagia.. ”
” Pesawat tercanggih di dunia milik Sultan Hassanah Bolkiah.. bertuah la siapa2 yg dpt bekerja dgn sultan Brunei ni kan.. ”
” Mewahnya.. macam hotel 7 bintang, Hotel Moving & Fly.. dapat tengok pun dah rasa bahagia. tak berkelip mata tengok dalam flight sultan brunei ni.. ”
” Kalau macam ni tak payah check in mana-mana hotel .. dok je dlm kpl tu pusing2 ruang angkasa pastu balik hehe.. ”
Memang mewah dan mengagumkan kapal terbang milik Sultan Brunei ini, bak istana atas awan. Yang menonton pun tumpang bahagia melihat kemewahan dalam setiap genap kapal tersebut. Apa-apa pun, semoga Sultan Brunei sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam rahmat Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Jier01
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral6 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen