Artis / Selebriti
” Dalam istana tu ‘wow’, dinding marmar emas dalam balai mengadap.. ” – Netizen
Perkongsian Video Yang Memaparkan Keindahan Istana Sultan Brunei, Istana Nurul Iman Buat Ramai Terpegun. Wah, Mewah Sungguh Kediaman Diraja Ini. Cantik Sangat !!
Umum mengetahui yang Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia. Menerusi satu akaun Tiktok, perkongsian mengenai kediaman Sultan Brunei iaitu Istana Nurul Iman telah meraih perhatian ramai.
Istana ini merupakan antara istana yang terbesar di dunia dan telah tercatat di dalam Guinness World Records. Ia mempunyai lebih 1 ribu buah bilik, sebuah masjid yang boleh menempatkan lebih seribu jemaah dan lebih 100 garaj kereta.
Di istana ini juga telah berlangsungnya majlis perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah pada baru-baru ini. Pastinya ramai yang teruja apabila melihat majlis perkahwinan pasangan ini yang serba mewah dan begitu indah sekali.

Perkongsian video ini telah menerima ratusan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pandangan dari luar istana sudah cukup mempersonakan dan pastinya di dalamnya begitu indah dan mengujakan bukan.
Jom tonton video di bawah :
@jier01 betapa mewah dan indah nya istana nurul iman,istana tempat perkahwinan putera mateen #princemateen #princemateenofbrunei #princemateenwedding #princemateenofbruneiwedding #dayanganisahrosnah #dayanganisharosnah #puteramateen #istananuruliman#istananurulimanbruneidarussalam #puteramateenkahwin #dayanganisahrosnah
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ;
” Dah pernah masuk istana nurul iman pd 2017.. dlm istana tu ‘wow’.. dinding marmar emas dlm balai mengadap.. cantik subhanallah.. “
” Alhmdulilah dah pernah masuk istana Nurul iman waktu kerja Hyatt hotel.. Bagunan di brunei tidak boleh tinggi mlepasi istana msty bwah paras istana.. “
” Member buat cctv kt istana die cite mangkuk jamban n kepala paip emas. saya Dan family Brunei saya pernah lalu istana ni pakai perahu , masa umur sy darjah 1.. “
” Seronoknya.. blh masuk istana ..beruntungnya.. mcm mne nak kerja dlm istana ya? Allhamdulillah aku x kaya x miskin. hidupku bahagia sihat dan ceria selalu… Tp aku teringin jugak nk rasa hidup kaya.. “
” Aku bersyukur dengan apa yang aku ada walau tk kaya. Janji hidup aku tenang2 saja.. Tak perlu cari duit banyak, janji cukup, tak perlu senang, janji tenang.. “
” Bestnya.. hidup jadi seorang raja.. Tk pyh duk fikir nk cari duit kumpul harta..skrg ni hidup dgn b40 kaih pagi mkn pgi ptg mkn ptg hhmmm.. “
” Istana tempat raja dn keluarganya tinggal adalh terbesar didunia.. oleh guiness world of record,mngalahkn istana inggris.. “
Wah, tidak dapat dibayangkan betapa besarnya kediaman rasmi Sultan Brunei ini. Sangat bertuah dan beruntung buat sesiapa yang pernah merasai memasuki ke dalam istana ini. Pastinya ramai yang ingin merasai nikmat tinggal di istana kan ?

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Jiey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen



