Artis / Selebriti
” Allahu, sedihnya tengok Amyza peluk jenazah anaknya tu. Luluh hati kami semua.. ” – Komen Netizen
Video Amyza Aznan memeluk jasad anaknya, Andre Aznan di Masjid buat warganet diruntun pilu. Sedihnya tengok pelukan Amyza itu. Pelukan terakhir yang akan sentiasa dirindui nanti, sebak sangat..
Berita pemergian anak sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail disambut dengan rasa sedih oleh ahli keluarga dan sahabat handai Amyza. Ramai yang hadir ke Masjid Al Khairah Keramat untuk memberikan semangat kepada Amyza selepas jenazah Andre selesai segala urusan forensik di hospital.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Apa Kes Apa Cerita, telah diulangsiar satu video daripada perkongsian Aida Aris yang memaparkan keadaan Amyza ketika jenazah sudah berada di masjid. Aida salah seorang rakan artis yang hadir untuk menenangkan Amzya dan memberikan penghormatan terakhir untuk Andre.
Menurut Aida Aris, Amyza langsung tidak tidur sejak dari Andre disahkan tiada. Kasih seorang ibu, walaupun badannya letih, namun rasa kasih yang menggunung terhadap anak, segala keletihan seakan-akan hilang. Yang tinggal hanya rasa sedihnya melihat sebujur kaku anak yang sudah tidak bernyawa lagi.

Melihat Amyza memeluk jenazah Andre membuatkan hati warganet turut sedih dan menangis bersama. Kesedihan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Anak sulung yang banyak mengajar Amyza untuk menjadi seorang ibu kini telah pergi selama-lamanya.
Jom tonton video di bawah :
@apakesapacerita Pelakon Aida Aris dalam perkongsiannya jenazah anak Amyza Aznan Allahyarham Andre Mikhail berada di Masjid Al Khariah Keramat untuk di sembahyangkan pagi ini. #salamtakziah #alfatihah
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Allahu, sedihnya tengok Amyza peluk jenazah anaknya tu.. luluh hati kami semua ibu ibu melihat suasana pilu macam ni.. kita tahu perasaan ibu kehilangan anak macamana.. “
” Pelukan terakhir tu. sbb lps ni takde byg dah.. kasih ibu tu.. pilu rasa hati tgk dia cuba tenangkan hati.. “
” Semalam lagi dia mengusap-ngusap, mencium kepala anak dia biarpun.. pandangan anak tu semakin jauh, sayunye.. “
” Perginya anak sulung.. penghuni pertama rahim seorang yg bergelar ibu. semoga arwah anak amyza ditempatkan dikalangan orang² soleh dan dapat bertemu kembali dengan ibu dia di Syurga Allah.. “
” Ank sulung, mmg anak sgt disayangi krn ia anugerah pertama.. bukan x redha. tp baru rasa ia keluar dr Rahim & dia pergi dahulu dr kita.. Al fatihah.. “
” Anak pergi selamanya mengadap Yang Esa seolah-olah nyawa ibu pergi bersama.. ya Allah, sakitnya hilang anak, AllahuAkbar.. tiba2 airmata mengalir ibu pelok jasad anak.. “
” Hati seorang ibu bilamana terpaksa menerima anak2nya dipanggil dahulu darinya.. Ya Allah pilunya hati tengok.. Sebagai seorang ibu mesti hati ni meronta nape tak bole gantikan nyawa kita ibu ni kat tempat anak.. “
Rasa sakit kehilangan anak yang amat perit untuk seorang wanita bergelar ibu. Amyza terlalu menyayangi anaknya ini dan berkorban segalanya. Namun apakan daya, Allah lebih menyayangi Andre. Semoga arwah Andre ditempatkan di syurga bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Apakesapacerita. IG Amyza Aznan, Tiktok Zilabakarin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin

