Artis / Selebriti
” Allahu akbar, bila seorang ayah sedang merindui anaknya. Sedih baca ayat abah Raissuddin.. ” – Netizen
Perkongsian Video Throwback Raissuddin Hamzah Bersama Arwah Siti Sarah Buat Warganet Tersentuh. Kapsyen Yang Abah Raissuddin Tuju Untuk Sarah Menusuk Ke Hati Pedihnya. Beratnya Rasa Rindu Pada Yang Telah Tiada !!
2 tahun sudah berlalu sejak arwah Siti Sarah Raissuddin pergi menemui Penciptanya. Ianya sesuatu yang tidak pernah digambarkan oleh ayah Sarah iaitu Raissuddin Hamzah yang anaknya akan pergi dahulu sebelum dirinya dan situasi ini merobek hatinya ketika awal ketiadaan Sarah.
Saban minggu pasti kelibat sang ayah ini akan berkunjung ke pusara anaknya itu. Bagi yang mengikuti Sarah, pasti tahu betapa akrabnya hubungan Sarah dan ayah ini. Apatah lagi Sarah satu-satunya anak perempuan yang Raissuddin ada.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Raissuddin Hamzah, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan kenangan Raissuddin bersama Sarah. Bersama video itu juga, satu kapsyen panjang dicoretkan khas untuk puteri kesayangannya.
Kata Raissuddin, rasa kasih dan sayangnya untuk Sarah akan selalu ada. Rindunya pada Sarah tidak akan ada penghujungnya dan kekal abadi hingga ke akhir hayat. Seksanya sebuah rasa rindu pada orang tersayang yang tak mungkin akan kembali.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Rindu seorg bapa pda anak yg dah tiada, sedihnya baca ayat abah Raissuddin untuk Sarah tu. kata-kata tu mer0bek naluri kita sebagai seorang anak. Al fatihah bdadari syurga.. ”
” Semoga bersatu kembali di jannah nanti, aaminn. Masih tak percaya arwah dah tinggalkan kita almost 3 years.. ”
” Artis yang kematiannya membuatkan sy menangis tanpa henti.. setiap hari dulu tengok live memasok dia.. lepas tahu koma, setiap saat doa untuknya.. padahal sy bukan peminat fanatik.. smp saat ini,masih berderai air mata jika tengok video dia.. semoga arwah ditempatkan syurga yang tertinggi.. ”
” Allahu akbar.. bila seorang ayah sedang merindui.. satu satu nya ank perempuan yg baik hati.. yg cantik.. alfatihah utk Siti Sarah.. ”
” Rindu dan sayang seorang abah kepada anak perempuannya. Hati yang dihimpit sayu merindui anak yang jauh di sana.. Alfatihah buat arwah Siti Sarah.. ”
” Sedihnya kapsyen Abah Raissuddin untuk Sarah tu. Tak tergambar dengan kata-kata beratnya rasa hati seorang ayah.. Rindu yang teramat rindu.. ”
” Bila anak yang pergi dulu, perasaan tu lebih seks4. Rindu tu juga yang akan membuatkan air mata menitik setiap saat bila rindu menjengah.. terus kuat abah, sarah pasti bahagia di sana.. ”
Siapa yang tidak sayu membaca luahan hati seorang ayah untuk anaknya ini. Rindu abah Raissuddin pada Sarah tiada akan ada titik nokhtahnya. Semoga arwah Siti Sarah bahagia di sana berlari-lari di taman syurga. Untuk Abah Raissuddin, moga terus dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Raissuddin Hamzah, IG Siti Sarah Raissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adoi penat gelak, letih ada suami macam ni. Terbatal niat nak kurus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Siap beriba dengan Tengku Ahmad, first time tengok ni. Tengku Ahmad sekali kena siram.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya dah mula sayang dengan Kilauan Emas, tup tup masa saya dah habis.. ” – Roy Azman
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Apasal aku nangis dengar nasihat Fattah tu. Allah uji dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Really amazing performance. Meremang bulu roma dengar suara Shila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Laju Fattah lari, nak putus nafas dah kawan tu kejar. Nabil main tipu pun kalah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata dia menahan sebak. Dollah ingat apa yang ibu dia cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” No wonder lah mertua Sarah sayang dengan Sarah.. ” – Komen Netizen