Artis / Selebriti
” All the best daddy.. ” – Farah Lee
Komen Farah Lee Di Posting Terbaru Ally Iskandar Raih Perhatian Ramai. Wah Sporting Lah Omma Maream Ni. Memang Terbaik Lah !!
Ally Iskandar bukan calang-calang orangnya dan figura ini cukup terkenal sebagai pengacara di saluran TV3. Banyak rancangan yang penah dihoskan oleh Ally antaranya Malaysia Hari Ini ( MHI ), Anugerah Juara Lagu dan banyak lagi.
Setelah lebih 20 tahun Ally memberikan khidmat baktinya dalam bidang penyiaran, kini Ally bakal berubah angin. Meninjau entry terbaru Ally di akaun Instagramnya, telah dikongsikan sekeping gambar Ally dan kapsyen yang memberitahu mengenai karier nya.
Ally bakal bergelar ‘cikgu ‘ kembali selepas ini dan ianya disambut baik oleh semua. Ramai juga bekas anak murid Ally mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Ally dapat mengajar dengan baik dan melahirkan lebih ramai insan yang berguna.

Pastinya ramai yang akan merindui suara Ally di MHI kerana Ally antara pengacara yang disenangi dan disayangi oleh ramai orang. Apa yang pasti, ilmu dan pengalaman Ally amat diperlukan untuk membentuk generasi seterusnya selepas ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Ally ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Abang long – mentor, Comebackla dengan single terbaru hehe.. All the best allyiskandarrasmi . Your students are lucky to have you… Jenuh mak pak pun rajin pi sekolah lepas ni.. ”
” All the best sifu.. Tahniah Cikgu Ally.. saya anak murid cikgu tahun 1999 . Sekarang, saya pun 14 tahun jadi Cikgu. semoga berjaya Cg Ally.. ”
” Fly high abg ally tq pernah jd cikgu host sekejap haha.. Suka tgok Ally bila mengacara program MHI sblm ni. Fedtri Yahya pun sama bukan calang-calang. Semoga uols terus success.. ”
” Cikgu english saya masa kat kypm gambang kuantan dulu.. hi cikgu ally.. Jangan garang garang tau.. Congrats.. ”
” Sukses terus Ally Iskandar.. host yg diminati cara penyampaian.. antara pengacara yang saya suka.. good luck.. ”
” Saya anak murid cikgu allyiskandarrasmi tahun 1999 > KYPM Kuantan … ingat lagi cikgu mai kelas bawak kotak besar sangat, dalam tu hanya 1 pemadam whiteboard.. ”
” Sekolah mn pulak Cikgu Ally ..Cikgu pernah ngajar di petaling juga . Cikgu Sy ni.. Semoga menjadi contoh utk generasi skrg dan akan dtg.. ”
Farah Lee juga turut meninggalkan komen untuk mantan suaminya ini dan menerima banyak tanda suka daripada warganet. Wah sporting betul Omma, bawa aura positif selalu.

Semoga Ally akan mendidik dan membentuk lebih ramai lagi generasi akan datang yang berilmu dan berwawasan. Bermula semula era menjadi ‘cikgu’, tentu ramai anak murid yang tidak sabar untuk berguru dengan Allah. All the best Ally Iskandar daripada kami di Berita Kopak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ally Iskandar, IG Farah Lee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen


