Artis / Selebriti
” Alahai Tiara, asal boleh je eh . Ni baru betul-betul ambil wudhu’, haha.. ” – Netizen
Video Anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah Nasir Sedang Mengambil Wudhu’ Buat Warganet Terhibur. Adui Lah Tiara, Orang Dah Nak Habis Rakaat Pertama Pun Tiara Tak Selesai Ambil Wudhu’. Part Nak Basuh Telinga Tu Paling Lawak, Haha !!
Tiara Zinnirah Nasir antara anak selebriti yang mendapat tempat di hati wargamaya. Tiara seorang anak yang baik dan suka melakukan sesuatu yang menggeletek hati semua yang menontonnya. Tidak hanya Achey dan Anne, malah warganet juga terhibur melihat kelakuan Tiara.
Bagi yang mengikuti perkembangan Tiara, pastinya mengetahui yang Tiara suka mengikut Achey ke masjid untuk bersolat jemaah bersama-sama. Setiap kali ke masjid terutamanya ketika solat Jumaat, pasti ada sahaja telatah Tiara yang mencuit hati ramai.
Kali ini Tiara ke masjid untuk bersolat maghrib pula. Menerusi akaun Instagram Achey Bocey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Tiara ketika sedang mengambil wudhu’. Kata Achey, rakaat pertama Maghrib sudah hampir selesai tetapi Tiara masih terpusing-pusing aturan wudhu’nya.

Dapat dilihat Tiara mengambil wudhu’ dengan telekung masih terletak di kepalanya. Ketika part Tiara perlu membasuh telinga, Tiara terus membasuh telinga seperti biasa dan terlupa yang dirinya sedang memakai telekung. Gelak Achey melihat kelakuan Tiara itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Terhibur kejap haha, asal boleh ye Tiara.. Ko kan dik dari ko bawah tudung saji lg acik perhatikan.. ”
” Anak la Anak… dh pkai telekung nk amik wuduk ape lg tiara.. basah la telekung tu nk d basuh jugak telinga tu… suka hati awk la Tiara janji awak hapy.. ”
” Part telinga tu lawak la Tiara.. Cari telinga, telinga tak jumpa. Bakat tiara ni memang tak terpendam at all ya.. dia mmg all out hari2 eh. Lev tecik ah auntie dekat you.. ”
” Nak basuh telinga, eh telinga ada telekung haha.. Tiara Tiara asal boleh lah Tiara woii.. makin lama makin lawak budak ni.. ”
” Tang telinga tu aunty tak boleh tahan tengok.. awak kan pakai telekung tiara oiii.. ni baru betul-betul ambil wudhu’ haha.. ”
” Alahai anak, berdekah acik tengok. Basuh telinga ikut luar telekung haha.. terbahak bab telinga ni.. ”
” Tiara bukak la telekung dulu kalau nak basuh telinga, hai lah anak bertuah ni. Balik rumah kena marah dengan mak sebab telekung basah.. ”
Achey yang merakam gelagat Tiara juga tidak dapat menahan ketawanya. Tiara sememangnya seorang yang random orangnya, penghibur hati ayah yang selalu membuatkan ayah gembira. Apa-apa pun, semoga Tiara menjadi anak yang solehah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Kelakar lah Erra ni, haha.. ” – Komen Netizen



