Artis / Selebriti
” Alahai sopan santun dan lembut bicara betul gayanya bercakap.. ” – Netizen
Video Ucapan Anak Nur Fazura, Nur Fatima Aisya Beri Ucapan Buat Para Peminatnya Raih Perhatian Warganet. Alahai Lembut Betul Fatima Bercakap, Sebijik Macam Fazura !!
Umum mengetahui pasangan selebriti, Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin memiliki seorang cahaya mata. Memilih nama Nur Fatima Aisya buat puteri sulung mereka, kini Fatima sudah pun berusia 3 tahun lebih . Gelagat Fatima sering mencuit hati ramai.
Fazura dan Fattah ada mewujudkan satu akaun khas di Instagram dan berkongsi perkembangan Fatima sejak dilahirkan sehinggalah sekarang. Jangan tak tahu, Fatima juga mempunyai ramai peminat seperti ibu bapanya yang sentiasa mengikuti perkembangan Fatima dari masa ke semasa.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram bamtahdolly telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fatima bercakap. Kedengaran Fazura turut ada bersama Fatima dan meminta Fatima memberikan salam serta sedikit ucapan buat para peminatnya.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suka mendengar suara Fatima ketika bercakap. Malah ada yang menyifatkan gaya sopan Fatima saling tidak tumpah seperti Fazura. Sehingga kini, video Fatima tersebut menerima lebih 1 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai video Fatima ini dan memuji kecomelannya ketika bercakap. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alahai sopan santun dan lembut bicara betul gayanya bercakap.. Saling tak tumpah macam mummy dia.. Fatima cerdik lah.. “
” Waalaikummusalam syggg moga sehat ya nyamaa.. Cantik betul nyammaaaa sekarang.. Manis je muka dia bila senyum, hehehe.. Ger4m.. “
” Fatima cantik sungguh minat awak ni. Sopan dan lembutnya dia berbicara.. Terpaling comel dan terpaling bijak adalah Fatima.. “
” Lolo sweetiepie nymmacute nye gf Fatah ni .. Dengan baju kftan rambut toncet dia tu, hehehe.. Buat orang tengok rasa cair je… Huhu Fatima2.. “
” Waalaikumsalam sayangg.. Moga jadi anak yg soleha dan sehat selalu.. Meh acik nak sayang sikit budak paling comel sorang ni..
” Comelnyaaaaaa dia cakap, hehehe lembut je suara dia.. Sebiji Fazura betul gayanya tu.. Muka jer ada nmapk iras daddy dia.. “
” MasaAllah.. Pandainya Nur Fatima Aisya cakap.. Buah hati daddy & mommy bijak betul.. Mga membesar jadi anak yang baik ye sayang.. “
Alahai cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik, pejam celik sudah besar anak Fazura ini. Kalau dilihat sekarang Fatima suka mengikut setiap majlis yang dihadiri oleh Fazura dan gelagatnya seringkali mencuit hati ramai. Apa-apa pun semoga Fatima terus membesar dengan baik, menjadi anak yang solehah buat Fazura serta Fattah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bamtahdolly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

